web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


4 Anggota BTS Sedia Mula Khidmat Tentera

Selebriti Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2023 3:07PM

Empat anggota BTS bakal sertai khidmat tentera tidak lama lagi. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEOUL - Empat anggota kumpulan BTS iaitu RM, Jimin, V dan Jungkook sedang membuat persediaan untuk memulakan perkhidmatan tentera, kata agensi kumpulan itu pada Rabu.

Mereka bakal mengikut jejak langkah tiga anggota lain kumpulan K-pop itu yang berkhidmat dalam pasukan tentera selama dua tahun.

"Kami mengumumkan bahawa RM, Jimin, V dan Jungkook telah mula mengambil langkah yang diperlukan untuk memenuhi tugas ketenteraan mereka.

“Kami akan memberikan maklumat terkini mengenai pendaftaran mereka sebaik sahaja ia dimuktamadkan,” menurut BigHit Music dalam satu kenyataan media, lapor Yonhap.

Keempat-empat anggota BTS itu diberi kebenaran untuk menangguhkan perkhidmatan tentera sehingga akhir tahun ini apabila mereka mencapai umur 30 tahun, di bawah undang-undang kerahan tenaga yang dipinda pada tahun 2020.

Jika RM, Jimin, V dan Jungkook memilih untuk tidak menangguhkan pendaftaran masing-masing, seperti yang dilakukan oleh Jin, J-Hope dan Suga, mereka akan menyertai perkhidmatan itu apabila dimaklumkan oleh pihak tentera.

Pendaftaran mereka berkemungkinan besar berlaku paling awal akhir tahun ini atau awal tahun depan.

BTS berharap dapat disatukan semula sebagai sebuah kumpulan pada 2025, apabila semua anggota dijangka menamatkan perkhidmatan dalam pasukan tentera. - BERNAMA-YONHAP

Berita Berkaitan

1

TARA 9 bulan yang lalu

Panggilan Buat BTS Army, Pameran 'B★VERSE', Kini Singgah di Pavilion Bukit Jalil

2

Semasa 10 bulan yang lalu

'Pemaju Residensi Sateria Menyusahkan Kami, Mana Janji Kamu?'

3

TARA 1 tahun yang lalu

Lego Muncul Karakter 'Friends' Dan BTS

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Secara Praktikal, BIGBANG Mencipta BTS – Suga Dedah Kepada Taeyang, Mereka Adalah Peminat Kumpulannya 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara