web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bunga Selamat Bernikah Dengan Tiko Aryawardhana

Majlis yang dijalankan di resort mewah, Amankila Resort itu hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat

Selebriti Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2023 7:26PM

gambar kapanlagi.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seperti yang telah dijangka, Bunga Citra Lestari (BCL), 40, pada hari ini telah melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya, Tiko Aryawardhana, 40 di sebuah resort mewah, Amankila

Resort, Kabupaten Karangasem, Bali.

Biarpun tiada sebarang kenyataan media dikeluarkan oleh mana-mana pihak, namun video pernikahan pasangan ini mula tersebar apabila pemilik akaun TikTok Nyunyu Joea memuat naik

sebuah video menyaksikan BCL menuruni tangga dalam persalinan pengantin. Malah, adik iparnya yang juga adik kepada Ashraf Sinclair iaitu Aishah juga kelihatan dalam video tersebut.

@nyunyu.joea bunga citra lestari dan Tiko aryawardhana resmi menikah di Bali , happy wedding bunga citra lestari dan Tiko aryawardhana #bungacitralestari #tikoaryawardhana #bcltikomenikah #bungacitralestarimenikah #gheaindrawari #rasacintainighea ♬ Rasa Cinta Ini - Ghea Indrawari

Sementara itu, media Indonesia melaporkan kawasan resort itu telah dikawal rapi sejak dari pagi dan tiada tetamu yang tidak diundang dibenarkan memasuki resort.

Khabar angin pernikahan BCL dan Tiko di Bali hari ini mula menjadi bualan hangat apabila mereka dikhabarkan telah menghantar semua dokumen yang diperlukan untuk kebenaran bernikah. BCL juga bertindak menukar nama profil Instagramnya kepada @itsmebcl.

Ini adalah perkahwinan kedua BCL selepas menjadi balu kepada Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pada Februari 2020 lalu. Hasil perkongsian hidup dengan Ashraf, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Noah yang kini berusia 13 tahun.

Sementara, Tiko pula adalah seorang duda beranak tiga dan dia telah bercerai secara rasmi dengan mantan isteri pada Oktober 2021. - Getaran, 2 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Suami Bunga Citra Lestari, Tiko Didakwa Gelapkan Wang Syarikat Hampir RM2 Juta

2

Selebriti 4 bulan yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

3

Seni & Hiburan 5 bulan yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

4

Selebriti 7 bulan yang lalu

Shakila Khoriri Kembali Bergelar Isteri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara