web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Suami Bunga Citra Lestari, Tiko Didakwa Gelapkan Wang Syarikat Hampir RM2 Juta

Dakwaan ini dilaporkan oleh bekas isteri Tiko, Arina Winarto dan kesalahan terbabit berlaku antara 2015 sehingga 2021

Selebriti Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2024 8:34PM

Bunga Cinta Lestari bersama suaminya Tiko Aryawardhana.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Suami kepada penyanyi popular Indonesia, Bunga Cinta Lestari (BCL) iaitu Tiko Aryawardhana didakwa telah menggelapkan wang dana milik syarikat yang diusahakan bersama bekas isteri, Arina Winarto iaitu PT Arjuna Advaya Sanjaya.

Menurut laporan Kompas.com, Tiko dipercayai melakukan kesalahan itu di antara 2015 hingga 2021, yang melibatkan dana berjumlah kira-kira 6.9 bilion rupiah (RM1.99 juta). Ketika itu, Tiko menggalas jawatan pengarah di syarikat perusahaan makanan dan minuman itu.

“Awalnya klien kami (Arina Winarto) dan Tiko memutuskan untuk menubuhkan syarikat yang bergerak di bidang makanan dan minuman, di mana pada satu ketika itu klien kami bertindak sebagai penasihat syarikat, sementara Tiko menjadi pengarah, tapi untuk modal perusahaan seluruhnya dari klien kami," ujar peguam yang mewakili Arina, Leo Siregar.

Tambah Leo, selama syarikat beroperasi Arina bersikap pasif dan tidak mencampuri urusan perniagaan. Sebaliknya Tiko memiliki akses penuh dalam mengurus hal-hal syarikat termasuklah kewangan. Selama tempoh terbabit juga Arina tahu semuanya berjalan lancar sehinggalah tiba-tiba pada 2019, Tiko mengatakan hendak menutup perniagaan karena tidak mampu lagi membayar sewa.

Arina mula mengesyaki berlaku penyelewengan apabila dia menemui dokumen laporan keuntungan dan kerugian syarikat mencurigakan pada 2021. Setelah dibuat perbandingan, dia mendapati laporan tersebut telah dimanipulasi untuk menyembunyikan situasi kewangan sebenar syarikat. 

“Dari situ kemudian klien kami melakukan audit melalui auditor bebas dan hasilnya menemui  penggunaan dana bernilai Rp6.9 bilion yang tidak jelas peruntukannya," jelas Leo Siregar. 

Dilaporkan juga, Arina telah membuat laporan polis pada 2022, dan perkara ini disahkan oleh pihak polis Jakarta Selatan, dan mereka memaklumkan perkara itu masih dalam siasatan.  

Setakat ini, belum ada sebarang penjelasan daripada pihak Tiko berhubung dakwaan ini. 

Tiko dan Arina melangsungkan perkahwinan pada 26 Jun 2014, namun berpisah pada 28 Oktober 2021. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata perempuan.

Tiko kemudiannya berkahwin dengan BCL pada 2 Disember tahun lalu di sebuah resot eksklusif di Bali, Indonesia. - Getaran, 5 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 9 bulan yang lalu

Bunga Selamat Bernikah Dengan Tiko Aryawardhana

2

Selebriti 10 bulan yang lalu

Bunga Citra Lestari Bakal Bernikah Di Bali Pada 2 Disember

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara