web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bunga Citra Lestari Bakal Bernikah Di Bali Pada 2 Disember

Beberapa portal berita di Indonesia melaporkan pasangan ini bakal bernikah di sebuah hotel mewah di Bali pada Sabtu, 2 Disember dan menjemput ahli keluarga serta kenalan rapat sahaja

Selebriti Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2023 9:18AM

Bunga Citra Lestari dan Tiko Aryawardhana

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL), akan menikah lagi selepas hampir 4 tahun bergelar balu. BCL yang kini berusia 40 tahun dikhabarkan memilih jejaka bernama Tiko Aryawardhana yang sebelum ini sering digosipkan bersama.

Daripada laporan beberapa portal berita di Indonesia, pasangan ini akan menikah di sebuah hotel mewah di Bali pada Sabtu, 2 Disember ini  dan hanya mengundang ahli keluarga serta kenalan rapat.

Khabar itu mula bertebaran selepas salah seorang kakitangan Pejabat Urusan Agama Pasar Minggu Jakarta Selatan, Emma Fatmayani memaklumkan bahawa pasangan ini sudah selesai melengkapkan dokumen bagi tujuan perkahwinan itu.

Sementara itu, Kompas.com pada Sabtu lalu turut melaporkan bahawa ‘Lurah’ atau ketua tempat tinggal BCL di Pejaten Barat, Asep Ahmad Umar turut mengesahkan bahawa pasangan ini sudah menyerahkan dokumen yang diperlukan acara pernikahan. Bagaimanapun, Asep tidak mendedahkan tarikh dan lokasi pasangan ini akan bernikah.

BCL adalah balu kepada arwah pelakon dan pengacara Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pada 18 Februari 2020. Selepas Ashraf meninggal dunia, Bunga tidak pernah bercerita mengenai jejaka yang berjaya memikat hatinya biarpun ada gosip yang mengatakan cintanya kembali bertaut dengan vokalis Noah, Ariel.

Namun, hubungan BCL dan Tiko Aryawardhana mulai menjadi perhatian apabila duda berusia 40 tahun itu hadir pada sambutan ulang tahun heroin Habibie dan Ainun ini pada 22 Mac 2022 lalu.

Video kemesraan BCL dan Tiko turut viral di media sosial.

Sehingga kini, baik BCL mahupun Tiko, masing-masing tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung acara pernikahan itu. - Getaran, 27 November 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Suami Bunga Citra Lestari, Tiko Didakwa Gelapkan Wang Syarikat Hampir RM2 Juta

2

Selebriti 4 bulan yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

3

Seni & Hiburan 5 bulan yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

4

Selebriti 7 bulan yang lalu

Shakila Khoriri Kembali Bergelar Isteri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara