web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelakon Popular Thailand, Tay Tawan Promosikan Thailand Bersama AirAsia

Sebagai 'Duta Laluan AirAsia untuk Malaysia', Tay Tawan akan mempromosikan negara Gajah Putih itu mencetus inspirasi dalam kalangan pengembara 

Selebriti Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2024 9:08AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas membawakan kempen tempat percuma baru-baru ini, AirAsia meneruskan pula komitmennya untuk menyokong industri pelancongan serantau dengan melancarkan kempen ‘Takeover Thailand’ sebagai destinasi perjalanan pilihan bagi pelancong dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Tambah menarik, AirAsia menerusi kempen ini turut melantiknya sebagai 'Duta Laluan AirAsia untuk Malaysia' untuk menawarkan pengalaman perjalanan terbaik dan memainkan peranan penting dalam mencetus inspirasi di kalangan pengembara untuk meneroka Thailand.

Sempena pelancaran kempen ini, AirAsia menawarkan tempat duduk percuma (hanya untuk tambang asas, tidak termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan) dari Kuala Lumpur ke Chiang Mai terhad untuk 72 jam mulai Jumaat, sehingga esok, 3 Mac.

Tawaran ini sah untuk tempoh perjalanan sekarang sehingga 30 November. Penumpang atau pengembara juga boleh menerokai destinasi lain seperti Krabi, Phuket, Hat Yai dan Bangkok dari Kuala Lumpur daripada RM99 untuk tambang termasuk semua sehala.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam berkata, syarikat penerbangan terbabit berbesar hati melancarkan kempen ini bagi menyokong pemulihan industri pelancongan serantau dan menghidupkan kembali keterujaan untuk meneroka dan mengunjungi keindahan Thailand. 

“Sebagai syarikat penerbangan yang menumpukan kepada rantau Asean, kempen ini mewakili komitmen AirAsia bagi mengekalkan hubungan dan budaya serantau.

“Thailand terus menjadi destinasi popular bagi AirAsia, bagi sektor pelancongan, pendidikan dan mengunjungi orang tersayang. Pada tahun 2023, kami telah menerbangkan lebih dari dua juta tetamu antara Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand dan berharap jumlahnya akan lebih meningkat pada tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Duta Laluan AirAsia untuk Malaysia, Tay Tawan berkata dia berbesar hati  untuk mewakili Thailand dan memainkan peranan untuk mempromosikan negara tercintanya itu kepada pelancong dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.

“Thailand menawarkan pelbagai tarikan menakjubkan, daripada landskap memukau kepada rakyat yang mesra. Saya teruja untuk terus mempromosikan destinasi ini bersama-sama AirAsia. 

“Dengan menghubungkan Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand, kita bukan sahaja dapat meningkatkan sektor pelancongan malah memperkukuhkan hubungan sesama negara. Jom lawati destinasi di Thailand bersama-sama saya dan AirAsia!” ulas pelakon ini. 

Kempen ‘Takeover Thailand with Tay Tawan’ dilancarkan secara rasmi di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, pada Jumaat dengan dihadiri oleh lebih daripada 1,000 peminat Tay Tawan dari pelbagai negara. Kempen ini akan berlangsung sehingga 22 September. - Getaran, 2 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

2

Sukan 4 bulan yang lalu

Zii Jia Rangkul Gelaran Kedua Terbuka Thailand 

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

 Alamak, ‘Aircond’ AirAsia Lupa ‘Service’ Ke Tu?

4

Jelajah 5 bulan yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara