web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Azlee Senario Dikejarkan Ke IJN Selepas Tidak Sedarkan Diri

Menerusi satu laporan media, rakan kepada pelawak ini, Saiful Apek memberitahu, dia dimaklumkan oleh keluarga Azlee bahawa Azlee berpeluh-peluh sebelum pengsan

Selebriti Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2024 4:31PM

Pelawak Azlee Senario. – Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelawak Azlee Senario, 56, dilaporkan telah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh setelah tidak sedarkan diri di kediamannya di Sungai Buloh, Selangor malam tadi.

Bagaimanapun, pihak hospital kemudiannya merujuk Azlee ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut. 

Menerusi satu laporan media, rakan kepada pelawak ini, Saiful Apek memberitahu, dia dimaklumkan oleh keluarga Azlee bahawa Azlee berpeluh-peluh sebelum pengsan.

"Pada mulanya, Azlee dibawa ke Hospital Sungai Buloh, tetapi kemudian dipindahkan ke IJN,” kongsi Apek yang turut memaklumkan Azlee kini telah sedar dan masih dirawat.

Tambah Saiful Apek lagi, selama ini dia tidak pernah tahu yang Azlee mempunyai masalah jantung kerana empunya diri dan isterinya tidak pernah berkongsi cerita.

“Saya agak terkejut apabila dimaklumkan Azlee menghadapi masalah jantung. Selama ini, dia atau isterinya tidak pernah bercerita kepada kami.

"Tidak tahulah kalau selama ini, Azlee sengaja rahsiakan. Apa yang saya tahu, Azlee ada masalah gout. Setiap kali sakit, dia akan ke klinik untuk cucuk ubat tahan sakit.

"Walaupun Azlee sudah sedar, sedikit sebanyak, sebagai kawan tentulah saya risau dengan keadaannya," ujar Saiful kepada BH Online.

Sementara itu, rakan pelawak, Ropie Cecupak juga ada memuat naik tentang keadaan Azlee hantaran di akaun Instagramnya hari ini.

Hantaran yang memperlihatkan Azlee di dalam ambulans itu disertakan dengan kapsyen yang meminta supaya orang ramai mendoakan kesihatan pelawak terbabit. 

“Assalamualaikum semua, marilah bersama kita mendoakan semoga teman kita, artis Azlee Senario diberikan sepenuh kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusannya. Amin,” katanya.

Januari lalu, dunia hiburan tempatan telah kehilangan Hamdan Senario akibat komplikasi jantung. 

Hamdan meninggal dunia Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru  dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun, Perak. - Getaran, 6 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

KKM Perjelas Salah Tanggapan Mengenai Perkhidmatan Kardiologi Di Malaysia

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Awesome TV Buka Tirai 2023 Dengan Kampung Senariuh Sitkom Pelawak Legenda

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Saiful Apek Risau Generasi Muda Yang Terlalu Obses Dengan Populariti 

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Program Realiti ‘Raja Lawak’ Kini Kembali Di Awesome TV

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia