web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Demi Vaksin, Penduduk Redah Terik Mentari, Sanggup Beratur Lebih 8 Jam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2021 11:50AM

Orang ramai sanggup menunggu lebih 8 jam di laluan 'walk-in' PPV Dewan Masyarakat Tawau bagi mendapatkan vaksin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Terik mentari tidak berupaya menghalang lebih 500 penduduk beratur lebih lapan jam bagi menerima dos vaksin masing-masing di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Tawau di sini.

Ia susulan pelaksanaan program vaksinasi secara walk-in yang disusun kerajaan negeri .

Getaran difahamkan, ada individu yang sanggup beratur seawal 6 pagi walaupun nombor giliran hanya mula diagihkan pada jam 2 petang.

Ericca Tandiko
Ericca Tandiko

Seorang penduduk Kampung Titingan, Ericca Tandiko, 24, berkata, hanya 200 penerima sahaja akan diberikan suntikan menerusi kaedah walk-in setiap hari.

"Ini adalah hari kedua percubaan saya untuk mendapatkan vaksin.

"Semalam, saya tiba di sini jam 10 pagi, namun, terpaksa pulang jam 4.30 petang selepas kuota vaksin penuh," katanya kepada Getaran.

Ericca sekali lagi mencuba nasib bersama lima rakannya dan tiba seawal jam 9 pagi bagi membolehkan mereka berada di barisan hadapan.

Peniaga, Siddek Mazlan, 32, pula berkata, dia terpaksa memilih kaedah 'walk-in' bagi mendapatkan vaksin lebih awal sebagai syarat sebelum membuka semula perniagaan.

"Ketika ini, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Tawau menetapkan hanya peniaga yang lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 sahaja dibenarkan beroperasi.

"Oleh itu, peniaga seperti saya tidak boleh menunggu panggilan temu janji menerusi aplikasi MySejahtera semata-mata kerana ia mungkin mengambil masa yang agak lama," katanya.

Bagi Ramlah Nurdin, 38, dia perlu mendapatkan vaksinasi segera kerana mahu ke Kota Kinabalu untuk menjaga bapa dan ibu mentua yang sudah uzur.

"Suami dan semua adik beradik ipar berada di Semenanjung, tidak dapat pulang ke Sabah ekoran larangan rentas negeri.

"Hanya saya yang paling hampir dan menjadi satu-satunya individu yang boleh menjaga mereka ketika ini," katanya.

Menurut Ramlah, sebelum ini dia pernah menerima tarikh temu janji vaksinasi menerusi aplikasi MySejahtera, namun terpaksa membatalkannya kerana lokasi PPV ditetapkan terlalu jauh.

"Saya berada di Tawau, tetapi ditempatkan di Penampang untuk proses vaksinasi.

"Saya bercadang menunggu di sini sehingga jam 5 petang nanti, mungkin ada kekosongan tempat pada saat akhir," katanya.

Tinjauan Getaran di lokasi mendapati, pihak pengurusan PPV mengasingkan laluan kumpulan walk-in dan temu janji bagi mengelakkan kesesakan berlaku seperti sebelumnya.

Bagaimanapun, orang ramai yang hadir secara walk-in dilihat masih bersesak dan gagal melakukan penjarakan fizikal sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko jangkitan COVID-19.

Sementara itu, menerusi hantaran yang dimuatnaik di laman rasmi Facebook Pejabat Kesihatan Daerah Tawau memaklumkan, temu janji dos pertama bermula 21 hingga 27 Ogos 2021 ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Pada masa sama, program vaksinasi secara walk-in turut dihentikan sementara waktu di empat PPV iaitu di Dewan Masyarakat Tawau, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Balung, Dewan Sekolah Kebangsaan Merotai Besar dan Klinik Kesihatan Tawau.

Bagaimanapun tiada maklumat lanjut diberikan mengenai punca penangguhan tersebut. - Getaran, 22 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad