web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Buru 4 Suspek Kes Samun Kedai Emas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2021 7:41AM

Beh Eng Lai - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan empat lelaki dipercayai warga tempatan disyaki terbabit dalam kes samun sebuah kedai emas di Jalan Metro Perdana, Kepong di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata, keempat-empat suspek dipercayai melakukan jenayah itu kira-kira 5.30 petang dengan memakai topeng muka dan bertopi keledar, serta bersenjatakan sebilah tukul dan kapak.

Beliau berkata suspek melarikan sejumlah barangan kemas berupa rantai leher dan rantai tangan yang nilainya dipercayai mencecah ratusan ribu ringgit.

“Ketika kejadian, seorang suspek berpura-pura mengimbas MySejahtera sebelum tiga lagi individu menyerbu masuk ke dalam premis berkenaan dan melarikan sejumlah rantai tangan dan leher dalam tempoh kurang seminit,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beh berkata ketika kejadian terdapat tujuh pekerja wanita di dalam premis tersebut dan seorang daripadanya pengsan akibat ditolak suspek.

Katanya pihaknya telah mengenal pasti dua motosikal digunakan dalam kejadian itu dan siasatan lanjut sedang giat dijalankan, selain meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk tampil di mana-mana balai polis bagi membantu siasatan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut