web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19, Najib Gesa Malaysia Amal Pendekatan Seperti Chile

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2021 2:53PM

Warga emas beratur untuk mendapatkan suntikan vaksin di pusat pemvaksinan di Santiago, pada 11 Ogos lalu - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menggesa kerajaan mengambil pendekatan sama dilaksanakan Chile, yang dilihat berhasil menurunkan kadar jangkitan harian COVID-19.

Chile juga jelas Najib, adalah antara negara yang muncul sebagai antara pemberi vaksin COVID-19 paling laju di dunia.

Menurut beliau, Chile pernah muncul sebagai antara negara yang mencatatkan jangkitan tertinggi.

 “Pada 11 Jun, peratusan penduduk Chile yang menerima dua dos vaksin telah mencecah 47.25 berbanding Malaysia 38 peratus semalam,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Najib berkata, pada tarikh itu juga, kerajaan Chile terpaksa melaksanakan lockdown ketat disebabkan kes COVID-19 di negara terbabit masih tidak turun walaupun kadar vaksinasi semakin tinggi ketika itu.

“Sejak pelaksanaan lockdown selama tiga minggu, kes baharu COVID-19 di Chile menjunam sebanyak 90 peratus dan terus menunjukkan penurunan.

“Chile menggunakan jenis vaksin yang sama seperti Malaysia, iaitu Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac,” katanya.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), 13,022,246 atau 39.9 peratus rakyat Malaysia sudah melengkapkan dos vaksin masing-masing setakat tengah malam tadi.

Bagaimanapun, pada masa sama, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa pihaknya mengesan 19,807 kes baharu COVID-19 dengan 232 kes kematian. – Getaran, 23 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad