web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Paip Dasar Sungai Terengganu Pecah Lagi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2021 12:16PM

Penduduk Taman Desa Tanjung Damai, Gong Badak mendapatkan bekalan air bersih daripada lori tangki susulan kawasan perumahan itu mengalami masalah ganguan bekalan air pada 4 Ogos lalu - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) mengesahkan masalah gangguan bekalan air yang melibatkan 28,700 akaun pengguna semalam, berpunca dari paip bersaiz 1,200 milimeter (mm) di dasar Sungai Terengganu, yang pecah kali kedua.

SATU dalam kenyataannya menyatakan, pasukan teknikal telah mengesan masalah tersebut di paip yang sama, tetapi di lokasi yang berlainan daripada yang telah dibaiki 11 hari lepas.

“Paip tersebut membekalkan air ke tangki utama Berangan dari loji Kepong untuk kegunaan penduduk di daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. Insiden ini menyebabkan sebanyak 28,700 pengguna di dua daerah tersebut, mengalami gangguan bekalan air,” menurut kenyataan tersebut.

Kawasan di Kuala Nerus yang terjejas ialah keseluruhan Gong Badak, kawasan perindustrian Gong Badak, Alor Jambu, Tok Jembal, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Turut terlibat ialah Tepoh, Padang Hangus, Pagar Ubi, Bukit Sudu, Bukit Jong, Sungai Ikan, Gemuruh, Ladang Sentosa, Padang Nenas, Lingai, Bukit Wan, Maras, Bukit Berangan, Batu Rakit, Alur Damak, Pagar Besi, Mengabang Telipot, Mengabang Telong dan Wakaf Tengah.

Bagi daerah Kuala Terengganu pula, kawasan yang terlibat ialah Buluh Gading Masjid, Buluh Gading Dewan, Kampung Banggol Tuan Muda, Petai Bubus, Paya Datu, Jeram, sebahagian Banggol Peradong, Kampung Manir, Kampung Tualang, Kampung Kebor Air dan Kampung Telok Menara.

Sebelum ini, sebanyak 28,700 pengguna yang sama di dua daerah itu mengalami gangguan bekalan air selama 12 hari bermula 2 Ogos kerana paip pam bersaiz 1,200 milimeter pecah di dasar Sungai Terengganu. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut