web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bujang Naie Tumpas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2021 4:32PM

Bujang Naie menyerang seorang penduduk kampung yang keluar menjala udang pada 14 Ogos lalu. - Gambar oleh Rosli Amit

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA SAMARAHAN - Sekian lama bermaharajalela, Bujang Naie yang menjadi igauan ngeri nelayan di Kampung Naie di sini akhirnya tumpas, Sabtu lalu.

Buaya sepanjang 3.6 meter dan memiliki berat 400 kilogram itu tewas di tangan Pasukan Pemburu Buaya Samarahan  (SCH) pada jam 3 petang di Sungai Batang Samarahan.

Penyelaras SCH, Aziz Mohammad berkata, operasi memburu dan menangkap haiwan ganas itu dilancarkan susulan ketakutan penduduk terhadap ancaman reptilia berkenaan.

“Bujang Naieberjaya ditangkap menggunakan kaedah pancing dan tombak selepas termakan salah satu kail yang dipasang. 

“Sebanyak 16 kail dipasang di sepanjang sungai ini sejak Jumaat lalu, bermula dari Kampung Melayu hingga Kampung Naie,” katanya kepada Getaran.

Bujang Naie sepanjang 3.6 meter dan memiliki berat 400 kilogram.
Bujang Naie sepanjang 3.6 meter dan memiliki berat 400 kilogram.

Difahamkan, reptilia itu mati dan ditanam pada hari yang sama.

Aziz berkata, laporan polis dan pemakluman penangkapan reptilia itu sudah diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC).

“Operasi menangkap akan disambung minggu depan untuk memerangkap seekor lagi buaya besar, berdasarkan maklumat daripada penduduk Kampung Maranek yang sering melihat kelibat reptilia berkenaan di sungai kampung itu,” katanya.

Dalam kejadian 14 Ogos lalu, seorang nelayan dari Kampung Naie, Mohd Esa Joeng, 35, cedera parah diserang haiwan tersebut ketika sedang menjala udang.

Dia bagaimanapun terselamat selepas menerima bantuan bapanya, yang bertindak mencucuk mata buaya itu berulang kali. - Getaran, 24 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad