web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Keluarkan Lakaran Wajah Suspek Rompakan Kedai Emas Di Kepong

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2021 8:10AM

Lakaran wajah salah seorang daripada empat suspek itu berdasarkan keterangan saksi. - Gambar ihsan Polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis hari ini mengeluarkan satu lakaran wajah dan beberapa imej gambar empat suspek yang disyaki terbabit dalam rompakan di sebuah kedai emas di Kepong, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata lakaran wajah salah seorang daripada empat suspek itu berdasarkan keterangan saksi manakala beberapa gambar suspek dan motosikal yang digunakan diambil daripada kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.

Beliau berkata dua motosikal yang digunakan dalam rompakan tersebut dikenal pasti jenis Yamaha Y150ZR  berwarna hitam dan firus dengan menggunakan nombor plat pendaftaran palsu.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan suspek boleh menyalurkan maklumat berkenaan ke Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Sentul di talian 03-40482206 dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian tersebut suspek yang memakai topeng muka dan bertopi keledar, serta bersenjatakan tukul dan kapak telah memecahkan almari pameran dan melarikan sejumlah barang kemas berupa rantai leher serta gelang tangan bernilai kira-kira RM50,000.

Dalam perkembangan lain, polis sedang mengesan lapan lelaki tempatan disyaki terlibat dalam pergaduhan di tempat letak kereta Rumah Pangsa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Setapak Jaya, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata pergaduhan berkenaan dipercayai berlaku pada kira-kira jam 7 pagi yang kemudian dirakam oleh penduduk kejiranan di situ dan ditularkan di media sosial.

“Dalam video berkenaan, enam lelaki tempatan bersenjatakan kunci padlock, topi keledar dan pisau memukul dua lelaki tempatan yang lain di tempat kejadian dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashari meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu agar menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Insp Emilia Jamil (016-2479017), Pegawai Penyiasat Kanan ASP S Gopal  (012-5120242) atau talian hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau mana-mana balai polis terdekat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut