web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Buang Bayi, Pasangan Kekasih Remaja Dicekup

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2021 8:37PM

Seorang bayi yang baru lahir telah ditemui di dalam bakul sebuah motorsikal di Kampung Siol Kandis, Kuching, awal pagi tadi.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Selepas hanyut dengan godaan nafsu hingga hamil di luar nikah, seorang remaja perempuan tergamak bersubahat dengan kekasihnya untuk membuang bayi tersebut empat jam setelah dia dilahirkan.

Perbuatan kejam pasangan yang masih di bawah umur itu bagaimanapun terbongkar apabila mereka dicekup pihak berkuasa awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, kedua-dua mereka ditahan susulan penemuan seorang bayi perempuan yang masih bernyawa di Kampung Siol Kandis di sini.

Menurut beliau, polis dimaklumkan dengan penemuan itu oleh orang awam pada jam 5.30 pagi.

"Tindakan pantas polis berjaya membawa kepada penahanan pasangan terbabit, kurang dari empat jam selepas bayi malang berkenaan dibuang.

"Turut dirampas adalah pakaian yang dipakai oleh kedua-dua remaja terbabit ketika kejadian, sebuah motosikal, telefon bimbit dan sehelai tuala," katanya hari ini.

Getaran difahamkan, bayi comel itu ditemui di bakul motosikal, milik seorang lelaki yang mahu keluar bekerja.

Ashmon berkata, lelaki terbabit terkejut apabila melihat bakul motosikalnya berisi seorang bayi yang dalam keadaan sihat dan sempurna.

"Siasatan awal mendapati, pasangan itu mengaku telah meninggalkan bayi berkenaan setelah dilahirkan lebih kurang jam 2 pagi. 

"Remaja perempuan dan bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi pemeriksaan doktor manakala uri telah dihantar ke Jabatan Forensik HUS  bagi tindakan selanjutnya," katanya.

Ashmon memberitahu, remaja lelaki itu pula ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuching bagi membantu siasatan kes.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan atas kesalahan membuang bayi dan jika disabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali. - Getaran, 26 Ogos 2021

GAMBAR
Bayi perempuan yang baru dilahirkan dibuang pasangan kekasih dengan meletakkannya dalam bakul motosikal milik seorang penduduk di Kampung Siol Kandis, Kuching, awal pagi tadi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad