web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Muhammad Aming, Tinggalkan Nasihat Berguna

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2021 7:42AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Video Allahyarham Muhammad Aming Salleh Abdullah yang petah bercakap, berpesan mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang COVID-19, pasti mengundang rasa sayu kepada mereka yang menonton klip video yang tular itu, baru-baru ini.

Kanak-kanak berusia 9 tahun itu meninggal dunia semalam dan berita duka mengenai kepulangan beliau ke rahmatullah turut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang melalui laman sosial Facebooknya mengucapkan takziah kepada keluarga atas pemergian Allahyarham. 

"Ternyata Allahyarham adik Aming seorang anak yang sangat baik dan bijaksana. Sama-sama kita sedekah al-Fatihah untuk Allahyarham adik Aming yang kita sayangi," kata Ismail Sabri.

Sebelum ini video Allahyarham yang meminta orang ramai mematuhi SOP memakai pelitup muka pernah diulang siar Perdana Menteri ketika beliau masih menjadi Menteri Kanan (Keselamatan).

Ibunya Santi Sabri, 33, ketika dihubungi pemberita berkata anak bongsu daripada empat adik beradik itu meninggal dunia di kediamannya di Jalan Kuhara di sini, selepas mengalami sesak nafas kira-kira pukul 1.30 pagi.

"Anak saya sihat sahaja berlari-lari lagi semalam, malah sempat angkat barang dan membantu saya berjual di Pasar Sin Onn kelmarin. Kira-kira pukul 12 tengah malam tadi dia mahu makan mi segera dan sejam kemudian tiba-tiba dia melaungkan azan dan solat, sebelum meninggal dunia,” katanya.

Bagaimanapun, Santi reda dengan apa yang terjadi dan menganggap ia ujian untuk mereka sekeluarga.

Sementara itu, bapa Allahyarham, Alip Mohamad,45, berkata anaknya itu ada menghidap penyakit asma dan mudah lelah. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut