web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Khairy Jamaluddin, Adham Baba Tukar Portfolio

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2021 3:08PM

Dr Adham Baba dan Khairy Jamaluddin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin diberikan tugas dan portfolio sebagai Menteri Kesihatan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang sebelum ini disandang Datuk Seri Dr Adham Baba.

Adham Baba pula mengambil alih posisi Khairy di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang disandangnya dalam Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Turut terbabit dalam pertukaran portfolio ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang dilantik sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, menggantikan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Portfolio asal Zuraida sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kini digalas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Perubahan itu menyebabkan jawatan Menteri Belia dan Sukan beralih ke tangan Ahli Parlimen Tambun, yang juga bekas Penasihat Bertaraf Menteri, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Sementara itu, Tengku Datuk Seri Zafrul  Tengku Aziz kekal memegang portfolio kewangan dalam barisan Kabinet baharu, sekali gus muncul sebagai antara muka lama yang dikekalkan daripada kerajaan terdahulu.

Selain Zafrul, empat lagi Menteri Kanan yang  dikekalkan adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Menteri Pertahanan) Datuk Seri Fadillah Yusof (Menteri Kerja Raya) dan Datuk Dr Radzi Jidin (Pendidikan).

Portfolio lain yang turut dikekalkan ialah Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang sebelum ini meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi, kembali dilantik menerajui kementerian berkenaan.

Beberapa nama yang disebut-sebut akan turut dilantik dalam Kabinet baru pula tidak kelihatan, termasuk Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dan bekas timbalan speaker Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menerusi pengumuman hari ini, Ismail Sabri menegaskan, barisan Jemaah Menteri disusun berdasarkan formulasi semula, berpandukan kepada situasi semasa negara akibat COVID-19, demi mengekalkan kestabilan dan meletakkan kepentingan serta keselamatan orang ramai. - Getaran, 27 Ogos 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad