web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Masalah Dana, 6 Pusat Tahfiz Berdepan Risiko Ditutup

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2021 3:45PM

Wan Hassan Wan Ibrahim (kanan) melawat Maahad Tahfizul Quran Al-Bukhari di Tok Bali di Pasir Puteh, hari ini. - Gambar dari Facebook Wan Hassan Wan Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR PUTEH - Lebih 500 pelajar di enam pusat pengajian tahfiz al-Quran di kawasan Semerak di sini, berdepan risiko kehilangan tempat belajar berikutan institusi tersebut berdepan masalah dana untuk menampung perbelanjaan makan minum serta bayaran bil elektrik dan air.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak Wan Hassan Wan Ibrahim berkata dua pusat pengajian tahfiz al-Quran berkenaan terletak di Kampung Dalam Rhu, manakala masing-masing sebuah di Kampung Pak Makyong, Kampung Besar, Kuala Semerak dan Kampung Dalam Huma.

“Lebih 500 pelajar yang sebilangan besarnya terdiri daripada anak golongan asnaf di pusat-pusat itu mungkin hilang tempat belajar dalam masa yang singkat sekiranya tiada bantuan daripada mana-mana pihak.

“Saya cadangkan supaya kerajaan Persekutuan salur geran tahunan untuk membantu enam pusat pengajian itu yang semakin tenat berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya kepada pemberita selepas melawat Maahad Tahfizul Quran Al-Bukhari di Tok Bali, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Hassan berharap geran bantuan itu akan dapat meringankan beban pihak pengurusan pusat terlibat untuk menampung perbelanjaan harian yang sebelum ini hanya diperoleh menerusi sumbangan badan bukan kerajaan (NGO) semata-mata.

Sementara itu, Mudir Maahad Tahfizul Quran Al-Bukhari Khahairizal Abdullah berkata pusat tersebut membelanjakan RM300 sehari untuk perbelanjaan makan dan minum untuk keperluan 25 pelajarnya.

“Pusat tahfiz ini juga pernah tidak dapat membayar bil elektrik dan air yang tertunggak sejak tiga bulan lepas dengan jumlah RM3,500 kerana tiada sumbangan. Kami bersyukur tunggakan itu dapat dijelaskan semalam selepas menerima dana daripada pihak yang tidak dapat disebutkan namanya sebaik sahaja mendapat maklumat dalam media sosial,” katanya.

Khahairizal berkata pihaknya meramalkan keadaan pusat itu akan bertambah tenat dalam tempoh enam bulan akan datang sekiranya tidak menerima sebarang bentuk bantuan atau dana bagi menampung perbelanjaan bulanan.

“Sebelum PKP, seramai 80 pelajar termasuk dari Terengganu dan luar negara terutama Vietnam, Indonesia dan Kemboja mengikuti pembelajaran secara percuma di pusat yang ditubuhkan sejak 1998 ini,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut