web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ini Bukan Waktu Berbulan Madu - Johari Abdul Ghani

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2021 6:30PM

Johari Abdul Ghani - Gambar dari Twitter

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memberi peringatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya memberi tumpuan penuh dalam menangani krisis ekonomi dan kesihatan yang dihadapi negara.

Tegas beliau, ini bukan tempoh berbulan madu kerana usaha segera perlu diambil bagi memulihkan semula negara.

“Peningkatan jangkitan COVID-19 melebihi 20,000 kes sehari sehingga mencapai jumlah keseluruhan 1.5 juta dengan 14,000 kematian adalah satu kegagalan serius.

“Kadar pengangguran turut meningkat, daripada 700,000 atau 4.5 peratus kepada 2.1 juta (4.8 peratus),” katanya menerusi satu ciapan di Twitter.

Menurut bekas Ahli Parlimen Titiwangsa itu, empat juta rakyat lagi di sektor tidak formal sedang bergelut untuk kembali bekerja, manakala pendapatan isi rumah menurun sebanyak 11 peratus sejak tahun 2000.

"Kadar kemiskinan meningkat daripada 5.6 menjadi 8.4 peratus, malah lebih daripada 100,000 perusahaan kecil dan sederhana telah menghentikan beroperasi,” katanya lagi.

Johari turut melahirkan rasa kesal dengan senarai Jemaah Menteri diumumkan Ismail Sabri pagi tadi yang disifatkan tidak memberangsangkan.

“Saya sebenarnya berharap agar Perdana Menteri memilih pemimpin muda yang mampu menangani krisis di Malaysia selain dapat menyuntik semangat dalam menjalankan tugas.

“Sebagai rakan sekerja dan parti, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik buat Perdana Menteri dan pentadbiran beliau pada masa akan datang,” katanya. - Getaran, 27 Ogos 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

PM Arah Jemaah Menteri Turun Padang Tinjau Harga, Kuantiti Barang Menjelang Aidilfitri - Fahmi

2

Ekonomi 6 bulan yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

3

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut