web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


OKU Mati Dipukul, Anggota PGA, Tukang Kasut Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2021 8:13PM

Pakaian yang dijadikan sebagai bahan bukti oleh polis dalam siasatan kes kematian melibatkan seorang pesakit OKU mental di Kuching, petang semalam.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING – Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan tukang kasut diberkas polis selepas didakwa terbabit memukul lelaki kelainan upaya (OKU) mental sehingga mati, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, kejadian tersebut berlaku di Kampung Jawa Semenggok, Batu 12.

Menurut beliau, insiden itu bermula apabila mangsa yang berusia 26 tahun bertindak agresif di kawasan rumahnya pada jam 4.30 petang.

“Dia yang menghidap penyakit Bipolar cuba ditenangkan oleh kedua-dua suspek, sebelum dibawa pulang ke rumah dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh keluarganya, dengan turut diiringi seorang daripada suspek sebelum disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan pada jam 6.35 petang,” katanya.

Susulan kematian, adik perempuan mangsa berusia 20 tahun membuat laporan polis pada jam 9.12 malam tadi kerana mengesyaki abangnya maut dipukul lelaki tidak dikenali.

''Bertindak daripada laporan itu, sepasukan polis dari Cawangan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan menahan dua lelaki sebaik mereka datang menyerah diri di balai jam 12.30 pagi tadi,” katanya.

Aidil berkata, kedua-dua suspek disahkan sebagai seorang tukang kasut berusia awal 50-an dan anggota PGA berpangkat Koperal yang berpangkalan di Batu Kawa.

"Permohonan reman telah diperoleh selama tujuh hari ke atas kedua-dua suspek bagi membantu siasatan.

"Bedah siasat akan dilakukan oleh pihak hospital untuk mengenal pasti punca kematian, sebaik sahaja keputusan ujian saringan COVID-19 diperoleh,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh. - Getaran, 27 Ogos 2021
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad