web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Alkisah Negaraku, Dari Mendayu-Dayu Ke Irama Rancak 

Sejak ia pertama kali didendangkan iaitu selepas Pemasyhuran Kemerdekaan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 1957, lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku telah berkali-kali diberi sentuhan baru. Dalam laporan khas bersiri pendek multimedia Getaran, Teras Merdeka, yang ketiga ini kami menemu bual seorang komposer muzik yang dipertanggungjawabkan untuk menyusun semula lagu Negaraku kerana pada ketika itu, iramanya amat rancak ibarat rentak muzik perarakan pancaragam.

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2021 8:39AM

Lagu Negaraku dimainkan pada perbarisan Hari Kemerdekaan 31 Ogos 1970. - Gambar Arkib Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat kali.

Itulah jumlah penggubahan semula yang telah dilakukan ke atas lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, sejak ia pertama kali didendangkan pada tanggal 31 Ogos 1957 selepas Pemasyhuran Kemerdekaan dilaungkan di Dataran Merdeka.

Antara kesemua versi Negaraku yang diberi sentuhan baru itu, hanya satu sahaja mempunyai rentak rancak ibarat tempo pancaragam, sekali gus berbeza dengan alunan mendayu-dayu yang sinonim dengan irama Negaraku.

Lagu Negaraku yang rancak itu adalah versi ketiga dan mula digunapakai pada 1992, iaitu 11 tahun selepas Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik menjadi Perdana Menteri keempat.

“Versi seakan-akan irama ‘marching band’ ini digubah oleh RTM (Radio Television Malaysia),” jelas komposer muzik terkenal Datuk Wah Idris, pencipta lagu ‘Standing in The Eyes of The World’ yang dinyanyikan Ratu Rock negara, Ella.

Wah Idris
Wah Idris

Wah Idris bukannya sosok asing apabila berbicara tentang unsur muzik lagu kebangsaan Malaysia, malah beliau adalah komposer muzik yang menggubah versi keempat Negaraku.

“Saya lihat ada orang, bila mendengar lagu Negaraku (versi ketiga) itu dia boleh menghenjut-henjut kepala. Kita mesti faham, lagu ini adalah lagu nasional. 

“Kita mesti menyanyi dengan penuh perasaan, semangat dan kewibawaan. Jadi bagi saya susunan rentak berkawat lagu Negaraku ketika itu tidak memadai,” tegas Wah Idris dalam satu temu bual dengan Getaran baru-baru ini.

Berbekalkan semangat dan niat iklhas untuk lebih mengindahkan Negaraku, beliau membuat keputusan untuk menggubah versi ketiga lagu tersebut supaya menjadi sebuah lagu kebangsaan yang bertaraf dunia.

“Bagi saya, mana-mana lagu nasional, kita mesti pastikan dari segi nilai peralatan muzik digunakan mestilah membolehkan kita menghasilkan sebuah lagu yang kita boleh hormati selama-lamanya.

“Ketika saya mahu menghasilkan ‘a world class Negaraku’ (Negaraku yang bertaraf dunia),” ujarnya, dengan penuh semangat.

Setelah cadangannya mendapat persetujuan daripada kerajaan, Wah Idris membuat keputusan untuk menghasilkan dua gubahan yang menelan masa selama enam bulan untuk dibikin bagi diperdengarkan kepada Dr Mahathir.

Berkat bantuan anak Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz, beliau berjaya mendapat bantuan daripada ‘The Malaysian Philharmonic Orchestra’ untuk memainkan kedua-dua gubahan lagu Negaraku itu.

“Saya fikir, kalau saya persembahkan satu versi sahaja, habislah saya kalau Perdana Menteri tak sukakannya. Jadi saya percaya perlu ada satu lagi pilihan alternatif,” jelasnya.

Perbezaan kedua-dua gubahan yang dibuat itu disimpulkan pada penutup lagu.

“Gubahan pertama, penutupnya saya gubah dengan alunan irama yang merdu dengan menggunakan instrumen muzik bertali. Cantik sangat bunyinya.

“Manakala, gubahan lagi satu pula, penutupnya ‘power-packed’ (bertenaga). Lengkap dengan instrumen seperti timpani (sejenis drum) dan sebagainya,” jelas Wah Idris sambil menyiulkan melodi ikonik rangkap pertama Negaraku dalam temu bual tersebut.

Bagaimanapun, semasa beliau mempersembahkan semua gubahan lagu yang dibuatnya itu, Wah Idris turut memainkan versi ketiga Negaraku berirama rancak yang masih digunapakai ketika itu, demi berlaku adil.

“Tidak ada satu tepukan pun apabila persembahan saya selesai. Sunyi. Namun apabila saya toleh ke belakang ada orang memberitahu saya bahawa Perdana Menteri mahu mendengar persembahan buat kali kedua.

“Maka saya pun, ulang semula kesemua persembahan saya. Lepas itu barulah saya mendapat tepukan daripada VVIP yang datang menonton persembahan saya,” katanya.

Dua minggu selepas itu, Wah Idris dijemput ke satu Mesyuarat Kabinet dan dimaklumkan oleh barisan Jemaah Menteri bahawa mereka telah sebulat suara bersetuju untuk menjadikan gubahannya yang mempunyai penutup “power-packed” itu sebagai Negaraku versi terbaru.

“Apabila mereka memainkan gubahan saya semasa sambutan Hari Kemerdekaan tahun itu (2003), saya sangat berbesar hati.

“Terasa macam diberi satu penghormatan. Susah untuk saya gambarkan perasaan saya ketika itu. Lain rasanya," katanya.

Setiap kali tibanya 31 Ogos, lagu Negaraku akan dimainkan dengan diiringi kibaran Jalur Gemilang di Dataran Merdeka, namun disebabkan pandemik COVID-19, sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini berbeza berbanding sebelumnya. - Gambar Alif Omar
Setiap kali tibanya 31 Ogos, lagu Negaraku akan dimainkan dengan diiringi kibaran Jalur Gemilang di Dataran Merdeka, namun disebabkan pandemik COVID-19, sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini berbeza berbanding sebelumnya. - Gambar Alif Omar

Namun, selepas Dr Mahathir meletakkan jawatannya pada 30 Oktober 2003, lagu Negaraku yang disusun oleh Wah Idris diganti semula pada tahun berikutnya, semasa kerajaan diterajui Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dan Negaraku versi inilah yang masih dinyanyikan oleh rakyat Malaysia sehingga sekarang.

“Sudah semestinya saya mengharapkan agar gubahan saya itu akan digunapakai sampai bila-bila. Tapi maklum sajalah, bila ada kerajaan baharu, semuanya ditukar. Jadi inilah masalahnya bila ada pihak yang ‘berpolitiking’. Tapi saya faham.

“Negaraku versi yang sekarang ini pun saya terlibat juga dalam penggubahannya. Mereka memanggil saya untuk menjadi sebahagian daripada pasukan penggubah. Bagi saya Negaraku yang kali ini ia bagus sahaja,” katanya. – Getaran, 28 Ogos 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut