web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Vaksin COVID-19 Bukan Diskriminasi, Tapi Melindungi - Pakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2021 12:43PM

Abdul Razak Sharif (kanan) bersama Nurshafina Mohd Yusoff (kiri) menunjukkan sijil vaksinasi penuh melalui applikasi MySejahtera sebelum masuk ke dalam premis makanan di Medan Selera Prima 2 Seksyen 2 Shah Alam. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Suntikan vaksin dilihat berupaya memainkan peranan sebagai kaedah pencegahan penyakit paling efektif dalam mengawal dan membendung penularan jangkitan virus berbahaya.

Keberkesan suntikan vaksin atau vaksinasi terhadap kesihatan tubuh individu sudah dikaji dan disahkan pakar bidang berkaitan sejak sekian lama, malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan, 20 jenis jangkitan dapat dikawal dan dicegah melalui suntikan imunisasi.

Disebabkan kepentingan itu, ia menjadi pendekatan terbaik digunakan kerajaan bagi membebaskan Malaysia daripada pandemik COVID-19, yang sehingga kini sudah menjangkiti hampir 1.6 juta penduduk negara ini.

Bagaimanapun, di sebalik usaha gigih dilaksanakan kerajaan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang menyaksikan seramai lebih 18 juta penduduk sudah menerima satu dos dan lebih 13 juta melengkapkan dua dos vaksin itu, ada segelintir individu menolak pemberian imunisasi terbabit, malah secara terang-terangan menggelarkan diri mereka sebagai kumpulan anti vaksin.

Pelbagai alasan diberikan, termasuk mendakwa arahan diberikan kerajaan itu tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan daripada segi hak kebebasan individu.

Mereka turut mendakwa, peraturan ditetapkan kerajaan yang hanya membenarkan individu melengkapkan dos vaksin masuk ke premis perniagaan, termasuk kedai makan adalah satu bentuk diskriminasi terhadap golongan berkenaan.

Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz, berkata dakwaan golongan itu tidak tepat kerana kebebasan bersuara dan bertindak setiap rakyat di negara ini adalah tertakluk kepada syarat tertentu.

Katanya, hak individu seperti termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan hendaklah dilaksanakan dengan tanggungjawab dan berlandaskan keadaan semasa, contohnya faktor kesihatan awam.

Shamrahayu berkata, dalam konteks kesihatan awam, seperti COVID-19 yang boleh menyebabkan penularan jangkitan penyakit, gangguan atau kemudaratan terhadap masyarakat dan negara, Perkara 9(2) Perlembagaan Persekutuan boleh digunapakai untuk menyekat kebebasan dimiliki individu.

“Saya harap masyarakat apabila membaca Perlembagaan Persekutuan, tengok semua perkara, jangan fokus kepada bahagian kita mahu kaitkan dengan tindakan kita sahaja.

“Dalam situasi tertentu, mana-mana peraturan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan boleh digunapakai bersama perkara lain berdasarkan situasi semasa,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Ditanya apakah benar wujud diskriminasi ke atas golongan yang tidak mengambil vaksin, penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu itu menegaskan, ia bukan seperti didakwa.

“Mungkinkah mereka maksudkan diskriminasi itu adalah kerana mereka dihalang bebas bergerak dan tidak boleh makan di kedai dalam keadaan COVID-19 yang membimbangkan?

“Jika mahu kata diskriminasi pun, tengok dulu apa situasinya. Dalam keadaan pandemik yang berkaitan kesihatan awam, Perkara 9(2) Perlembagaan Persekutuan boleh digunakan untuk menyekat kebebasan mereka bagi menjaga hak orang lain daripada dijangkiti,” katanya.

Sementara itu, Pakar Perlembagaan dan Undang-Undang, Prof Datin Dr Faridah Jalil, berkata dalam konteks Perlembagaan Persekutuan, hak asasi individu bukan bersifat mutlak dan boleh dibataskan menerusi peruntukkan sedia ada.

Katanya, sememangnya Perlembagaan Persekutuan memberikan kebebasan individu kepada setiap penduduk di negara ini, tetapi sekiranya perkara itu menimbulkan ancaman terutama membabitkan aspek kepentingan kesihatan dan keselamatan umum, kerajaan boleh membataskan hak berkenaan.

“Jika individu menolak vaksin ini tidak terlibat dengan apa-apa keperluan pekerjaan atau tugasan umum yang tidak memerlukan berdepan orang awam, kemungkinan dia boleh kata tindakannya tidak mahu menerima imunisasi adalah hak individu.

“Tetapi kalau melibatkan pekerjaan atau urusan yang boleh mengganggu dan menimbulkan bahaya kepada orang lain, dia tidak boleh kata dia ada hak kebebasan, memandangkannya terikat dengan peraturan ditetapkan.

“Ini termasuklah undang-undang yang tidak membenarkan individu tiada vaksin penuh makan di kedai kerana bahaya kepada diri orang lain,” katanya.

Faridah berkata, golongan itu harus faham, peraturan ditetapkan kerajaan bukannya menafikan hak mereka untuk makan, sebaliknya tidak membenarkan mereka menjamu selera di kedai.

“Anda boleh makan tetapi di rumah bukan di premis dengan orang lain kerana boleh membahayakan kesihatan dan keselamatan umum,” katanya.

Diminta mengulas adakah individu tiada vaksin lengkap boleh mencabar undang-undang ditetapkan kerajaan itu di mahkamah atas alasan hak asasi, Faridah berkata, mereka boleh berbuat demikian.

“Namun kerajaan sebagai pembuat undang-undang ada asas kukuh ketika menetapkan sesuatu peraturan dan dalam keadaan pandemik ini, halangan ditetapkan adalah bagi menjamin keselamatan semua.

“Peraturan ditetapkan ini kerana kerajaan tidak mahu individu belum menerima dos vaksin lengkap makan di kedai yang kemudian berisiko menjangkiti orang, menggalakkan penularan dan mewujudkan kluster baharu kedai makan pula,” katanya. – Getaran, 28 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Kerajaan Tidak Pernah Berhasrat Hapuskan Laluan Parallel - Dr Dzulkefly

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut