web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Salah Fakta Merdeka, Bank Rakyat Teruk Dikecam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2021 4:15PM

Tangkap layar hantaran yang terdapat banyak kesalahan fakta di laman Facebook Bank Rakyat yang dikecam ramai.

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara kesilapan fakta di media sosial, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) berdepan kecaman hebat orang ramai.

Bank terkemuka itu mencetuskan kontroversi menerusi satu hantaran di Facebook yang mendakwa kewujudan Malaysia berlaku pada tahun 1957.

Ia jelas satu kesalahan fakta sejarah kerana pembentukan Malaysia hanya dilaksanakan pada 16 September 1963.

“Selepas menandatangani perjanjian pada tahun 1957, negara tercinta ini dikenali sebagai Malaysia,” dakwa hantaran itu yang sudah dipadamkan daripada laman Facebook Bank Rakyat.

Pemerhatian Getaran mendapati, majoriti netizen yang panas hati dengan hantaran tersebut adalah penduduk dari Sabah dan Sarawak.

Ia tidak menghairankan kerana Malaysia terbentuk setelah Persekutuan Tanah Melayu bersama-sama dengan Singapura, Sabah dan Sarawak menandatangani Perjanjian Malaysia pada 1963, sedangkan tarikh kemerdekaan ialah 31 Ogos 1957.

“Institusi besar macam Bank Rakyat pun salah sejarah. Malaysia hanya ditubuhkan pada 16 September 1963. Apa perlunya fakta ini dipesongkan?” soal seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Adrian Banie Lasimbang.

“Siapakah ‘admin’ Facebook Bank Rakyat ni? Malaysia wujud pada 1957. Buta sejarah ke?” perli seorang lagi pengguna Facebook, Ahzam Zambrie Mojung.

“Inilah yang terjadi apabila anda tidak memberi perhatian dalam kelas sejarah. Malaysia (terbentuk) selepas 1963 la mangkuk,” balas Julien Chen.

Selain daripada pembentukan Malaysia, hantaran itu juga mengandungi beberapa lagi kesalahan fakta, antaranya dakwaan bahawa Malaysia dinamakan sebagai Malayan Union sebelum Pemasyhuran Kemerdekaan dilaungkan pada tanggal 31 Ogos 1957.

Menurut Buku Teks Sejarah Tingkatan 4, semua negeri di Semenanjung Malaysia digelar Persekutuan Tanah Melayu sebelum 31 Ogos 1957.

Ini adalah kerana konsep Malayan Union yang diperkenalkan British pada tahun 1946 itu ditentang hebat oleh orang Melayu, kerana tidak berpuas hati dengan sejumlah besar peruntukan termaktub dalam dasar Malayan Union.

“Bank Rakyat merupakan antara institusi perbankan yang terkenal tapi tak mampu membuat carian di Google untuk mengesahkan fakta untuk trivia Merdeka mereka? Memalukan,” kata seorang lagi pengguna Facebook, Nathan Tharmalingam. - Getaran, 29 Ogos 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Malaysia Kecam Serangan Berterusan Israel Ke Atas Gaza

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Tilawah Al-Quran: MCMC Panggil 4 Pemilik Akaun Facebook

3

Politik 7 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

4

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut