web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Sebagai Menteri, Shahidan Perlu Libatkan Pembangkang’ - Teresa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2021 6:15PM

Teresa Kok - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim diharap dapat mengamalkan sikap mesra bersama Ahli Parlimen pembangkang di kawasan pentadbirannya itu bagi memastikan perkhidmatan terbaik untuk  rakyat.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata, Shahidan diharap melaksanakan pendekatan mesra itu menerusi beberapa kaedah, antaranya mengadakan mesyuarat berkala dengan duduk semeja bersama mereka dan pengurusan kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memudahkan masalah serta isu setempat disampaikan.

Katanya, penglibatan bersama DBKL juga membolehkan Ahli Parlimen yang mengemukakan masalah dan isu, menerima maklum balas segera daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Saya berharap Shahidan boleh turun padang untuk memahami masalah rakyat pelbagai kaum di Kuala Lumpur, selain mendapatkan pandangan daripada kami sebagai wakil rakyat sebelum membuat apa-apa keputusan penting, seperti kelulusan projek pembangunan,” katanya di sini.

Teresa berkata, Shahidan diharap sedar mengenai usaha kerajaan pusat yang ingin menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar bertaraf dunia, justeru sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, beliau mesti memiliki minda berwawasan global.

“Beliau juga harus menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar yang mampu menarik peniaga dan pelancong dari seluruh dunia, sekali gus memenuhi konsep serta slogan ‘Malaysia Truly Asia’.

“Bagi mencapai usaha itu, beliau haruslah mengadakan lebih banyak rundingan dengan pengusaha di pelbagai sektor, khususnya restoran, perkhidmatan makanan dan minuman serta pelancongan sebelum kerajaan melaksanakan peraturan yang mungkin menjejaskan bisnes mereka,” katanya.

Selain itu, Teresa berkata, memandangkan Shahidan juga adalah Pengerusi Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan, beliau diharap akan mempelawa Ahli Parlimen Kuala Lumpur untuk menyertai perbincangan berkenaan.

Katanya, keterlibatan mereka boleh menjadi perantara di antara MKN dengan rakyat dan sektor perniagaan di Kuala Lumpur.

Pada masa sama, Teresa berkata, Shahidan diharap memberikan kuasa kepada setiap Ahli Parlimen untuk melantik anggota dalam Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di zon masing-masing supaya kerjasama erat dengan Pusat Khidmat Ahli Parlimen dapat diperkasakan demi kebaikan rakyat.

“Kerjasama erat di antara Menteri Wilayah Persekutuan dengan Ahli Parlimen bukan sahaja dapat mengurangkan konflik secara terbuka antara kedua pihak, tetapi juga melancarkan pentadbiran kerajaan serta mewujudkan keharmonian masyarakat,” katanya. - Getaran, 29 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukma 2024: 'Ibu Segala Pingat' Milik Wilayah Persekutuan

2

Politik 11 bulan yang lalu

Radzi Jidin Ketua BERSATU Wilayah Persekutuan, Pimpinan Parti Takkan Goyah - Hamzah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Serangan Israel: Solat Hajat, Qunut Nazilah Di Seluruh Wilayah Persekutuan Malam Ini - JAWI

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Hannah Minta PAS Tanya Shahidan Apa Berlaku Dengan Sasaran Sukan SEA

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad