web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jemaah Menteri Selesai Angkat Sumpah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2021 5:52PM

Kenderaan membawa menteri dan timbalan menteri dilihat keluar dari perkarangan Istana Negara. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenderaan membawa Menteri dan Timbalan Menteri mula meninggalkan Istana Negara sebaik selesai Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan, Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Rahsia.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa adalah antara yang sempat melambaikan tangan kepada media.

Bagaimanapun tiada Menteri dan Timbalan Menteri yang berhenti untuk bertemu dengan pengamal media yang setia menanti di perkarangan Pintu 2 Istana Negara sejak tengah hari tadi.

Terdahulu, seramai 31 Menteri dan 37 Timbalan Menteri mengangkat sumpah jawatan masing-masing di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Upacara itu bagaimanapun tidak dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang perlu menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19.

Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin yang disenaraikan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan juga tidak dapat menghadirkan diri kerana disahkan positif COVID-19.

Istiadat yang bermula jam 2.30 petang itu turut dihadiri Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali. - Getaran, 30 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Jadi Tumpuan, Detik Bersejarah Setiap 5 Tahun

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Istana Negara Adakan Majlis Doa Selamat Sempena Istiadat Pertabalan Agong Ke-17

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Kurnia 10 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut