web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sektor Pelancongan Terengganu Dibuka 1 September

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2021 8:56PM

Ariffin Deraman - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU – Semua lokasi pelancongan Terengganu kecuali Pulau Perhentian akan dibuka secara rasmi Rabu ini untuk individu yang telah melengkapkan dos vaksin masing-masing.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital, Ariffin Deraman berkata, pembukaan Pulau Perhentian terpaksa ditangguhkan susulan penularan COVID-19 di sana yang menjangkiti sejumlah besar penduduk.

Menurut beliau, kebenaran melancong itu juga hanya terpakai ke atas pengunjung domestik.

“Komuniti di Pulau Perhentian sepatutnya menerima dos kedua 27 Ogos lalu namun terpaksa ditangguhkan susulan penularan COVID-19, menyebabkan sekatan pergerakan keluar masuk terpaksa dilaksanakan.

“Pembukaan bagi destinasi pelancongan lain seperti Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Tenggol dan Tasik Kenyir bagaimanapun tetap berjalan mengikut jadual,” katanya kepada media di sini hari ini.

Ariffin berkata, hotel, resort dan rumah inap desa juga dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di bawah Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Turut dibenarkan beroperasi jelas beliau, ialah aktiviti rekreasi air seperti snorkeling, selam skuba dan kolam renang dengan kapasiti 60 peratus daripada keluasan kawasan.

“Walaupun sektor pelancongan sudah dibenarkan beroperasi, tarikan indoor seperti Taman Tamadun Islam, muzium dan zoo masih ditutup kepada pengunjung,” katanya. – Getaran, 30 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad