web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Aug 2024 7:00PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Seorang pesara kerajaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 13 pertuduhan menggunakan dokumen palsu dan menyalahgunakan wang milik sebuah kesatuan berjumlah RM140,867.79, empat tahun lepas.

Pengakuan Jafri Wahab, 58, yang juga bekas penolong pegawai kesihatan persekitaran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) direkodkan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Dia didakwa atas dua pertuduhan menggunakan dokumen penyata akaun bank atas nama Kesatuan Pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) cawangan Terengganu bagi tempoh antara 2019 hingga 2020 berjumlah RM111,667.79 yang diketahuinya adalah palsu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 28 Jun 2020 di MBKT dan pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dia juga berdepan 11 pertuduhan menyalahgunakan wang milik Tabung Kebajikan ANULAE cawangan Terengganu berjumlah RM29,200 untuk kegunaan sendiri, semasa memegang jawatan sebagai bendahari kesatuan itu.

Kesalahan berkenaan melibatkan transaksi antara RM200 dan RM6,000 dan didakwa dilakukan antara 15 Jan hingga 23 Julai 2020 di sebuah premis perbankan di sini.

Bagi kesalahan berkenaan, bapa kepada tiga cahaya mata itu didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara hingga lima tahun, sebatan serta denda.

Peguam Mohd Asaari Salleh yang mewakili tertuduh merayu jaminan RM15,000 yang ditawarkan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tengku Nurul Hazigah Tuan Yacob dikurangkan atas alasan anak guamnya tidak berisiko melarikan diri.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM13,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan perlu melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai selain dilarang menganggu saksi pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 25 September. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

2

Sukan 3 bulan yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kastam Sita 147 Kenderaan Mikromobiliti Bernilai Lebih RM700,000

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan Hukuman Sebat Di Khalayak Di Bawah Bidang Kuasa Negeri - Mohd Na'im

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

3 Pegawai Imigresen, Ejen Pekerja Asing Terlibat Rasuah Program PRM Direman

Semasa 11 jam yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

Semasa 1 hari yang lalu

3 Cedera Diserang Memerang Ketika Joging Di Kota Kinabalu

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Bekas Pelumba Negara Maut Ditetak, 3 Lelaki Ditahan