web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Komuniti Maritim Sambut Merdeka

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2021 10:58AM

Sebuah bot dihiasi dengan Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah tanda meraikan Hari Kemerdekaan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Umum mengetahui pandemik COVID-19 memberi banyak kekangan kepada orang ramai khususnya dalam penganjuran aktiviti sosial.

Namun, ia tidak menghalang Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Tawau melancarkan Program Semarak Kemerdekaan bersama komuniti maritim, di sini, semalam.

Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Komander (M) Amiludin Yenggah berkata, tiga aset APMM dan 11 bot nelayan serta penambang dari Kampung Sungai Melayu, Pulau Sebatik melakukan konvoi mengibar Jalur Gemilang dan Negeri Sabah di sekitar perairan Tawau.

Sekitar program Semarak Kemerdekaan anjuran APMM Zon Tawau.
Sekitar program Semarak Kemerdekaan anjuran APMM Zon Tawau.

Menurut beliau, konvoi bot yang julung kali diadakan ini dijangka menjadi acara tahunan komuniti maritim Tawau bermula tahun depan.

“Kami melihat program seperti ini dapat membantu menyemai semangat cintakan negara dan menghargai perjuangan memerdekakan negara oleh masyarakat terdahulu,” katanya kepada media, di sini.

Sekitar program Semarak Kemerdekaan anjuran APMM Zon Tawau.
Sekitar program Semarak Kemerdekaan anjuran APMM Zon Tawau.

Terdahulu Amiludin mengetuai 24 pegawai dan anggota APMM Zon Tawau untuk  mengadakan hebahan Hari Kebangsaan selain mengedarkan lebih 30 bendera Jalur Gemilang dan Negeri Sabah kepada komuniti maritim.

Beliau turut melahirkan harapan untuk melihat komuniti maritim mengibarkan bendera berkenaan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan sehingga Hari Malaysia pada 16 September depan.

Sementara itu, Ketua Kampung Sungai Melayu, Mohd Zikri Sundu menyatakan rasa gembira dan bangga apabila terpilih menyertai konvoi Semarak Kemerdekaan anjuran APMM Zon Tawau.

Mohd Zikri Sundu
Mohd Zikri Sundu

“Sudah tentu penduduk kampung berbesar hati apabila terlibat dalam konvoi berkenaan.

“Ia bukan konvoi biasa, sebaliknya mempunyai matlamat mempromosikan semangat patriotik  kepada orang ramai untuk turut sama mengibarkan bendera sempena sambutan Hari Kebangsaan,” katanya. - Getaran, 31 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Sambutan Hari Kebangsaan 2024 Bermula

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Harga Tiket Ke Tawau Didakwa RM3,138 Sehala, ‘Syarikat Penerbangan, Tolonglah…’

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Di Tawau Bermotif Cemburu - Polis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia