web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Harga Tiket Ke Tawau Didakwa RM3,138 Sehala, ‘Syarikat Penerbangan, Tolonglah…’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2023 12:21PM

Wee Ka Siong - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Isu tiket penerbangan mencekik darah menjelang musim perayaan kerap menjadi pertikaian dan perdebatan pelbagai pihak kerana danggap membebankan rakyat.

Terbaharu, mantan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mendakwa tiket penerbangan sehala untuk kelas ekonomi dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah menjelang Aidilfitri, iaitu pada 20 April menjangkau RM3,138.

Katanya, harga dikenakan itu amat mengejutkan dan mengecewakan orang ramai, khususnya pengguna pengangkutan awam.

“Tahun lalu ketika pintu sempadan baru saja dibuka pada 1 April, tambang ketika itu melebihi RM1,000 kerana tak banyak pesawat boleh beroperasi. Mereka (syarikat) perlu melalui proses MRO (penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih) untuk tiga bulan sebelum dibenarkan beroperasi demi keselamatan.

“Pada masa itu, saya selaku Menteri Pengangkutan serta kerajaan, dikritik teruk. Saya berdepan situasi tersebut dengan sebaik mungkin. Sekarang, bukan lagi isu sekatan pergerakan akibat COVID-19 atau MRO, tapi harga tambang dari Kuala Lumpur ke Tawau bernilai RM3,138 seorang,” katanya menerusi Twitter.

Beliau berkata, harga tiket itu mencetuskan persoalan bagaimana keluarga kurang berkemampuan, B40 dan M40, khususnya warga Tawau di perantauan dapat membelinya untuk pulang beraya pada tahun ini.

Menurutnya, kini bukan waktu situasi COVID-19 membimbangkan, selain menyaksikan sektor penerbangan beransur pulih dan kebanyakan pesawat tidak lagi didaratkan di lapangan, seperti ketika pandemik.

Justeru, katanya, syarikat penerbangan tiada alasan untuk tidak menambah frekuensi, selagi ada kemampuan dan tiada lagi sekatan ‘passenger load’ (had penumpang) sebanyak 50 peratus, seperti sewaktu COVID-19 yang memberi justifikasi harga tambang penerbangan melonjak tinggi.

“Tambahan pula, frekuensi penerbangan tidak lagi dikawal State Disaster Management Committee oleh Sabah atau Sarawak, MYAIRLINE sudah beroperasi pada 1 Disember tahun lalu, malah MAVCOM pun sudah meluluskan banyak penerbangan seperti zaman pra COVID-19.

“Tambang terlalu tinggi membebankan rakyat jelata. Jangan sampai seluruh rakyat membuat andaian bahawa ‘airline’ (syarikat penerbangan) tertentu, dilihat mengeksploitasikan keadaan dengan mengaut keuntungan tinggi untuk memulihkan semua kerugian ditanggung semasa COVID-19 dalam tempoh singkat,” katanya.

Selain itu, Ka Siong menjangkakan, jawapan standard diberikan kerajaan adalah dasar kerajaan tidak mengawal tambang penerbangan kerana ia ‘dynamic pricing mechanism’ (mekanisme harga dinamik).

“Apa pun, tak kira zaman siapa memerintah, acap kali MOT (Kementerian Pengangkutan) menjawab sebegitu.

“Rakyat sukar menerima jawapan standard tersebut. Kepada syarikat penerbangan, tolonglah rakyat,” katanya.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick dilaporkan berkata, Kerajaan Persekutuan sentiasa peka serta mencari jalan penyelesaian terbaik dalam menangani isu tiket penerbangan mahal ketika musim perayaan.

Ujarnya, MoT melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) baru-baru ini sudah meluluskan 527 penerbangan tambahan untuk sambutan Aidilfitri tahun ini.

MoT menerusi kenyataannya sebelum ini memaklumkan, jumlah penerbangan itu adalah 43 peratus lebih banyak berbanding kapasiti tambahan diluluskan pada tahun lalu.

Langkah itu bertujuan menampung permintaan tinggi menjelang sambutan Aidilfitri. – Getaran, 16 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Dasar Kabotaj: 72 Jam Untuk Proses Kelulusan Tak Masuk Akal - Jeyenderan

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

 Alamak, ‘Aircond’ AirAsia Lupa ‘Service’ Ke Tu?

4

Semasa 5 bulan yang lalu

BJAK Tiada Kebenaran Laksana Khidmat Perbaharui Cukai Jalan - JPJ

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia