web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Samseng Jalanan Beraksi, ‘Superman’ DUKE Dicekup

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2021 2:25PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki berlagak ala superman ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan yang dijalankan di Lebuhraya DUKE berhampiran Ayer Panas, Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Suspek berusia antara 17 hingga 21 tahun itu ditahan selepas didapati melakukan aksi lagak ngeri dan berbahaya sambil menunggang motosikal.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Sarifudin Mohd Saleh berkata, pihaknya menjalankan Operasi Ambang Merdeka membabitkan lima pegawai dan 30 anggota bermula jam 9 malam hingga 3 pagi.

Katanya, operasi tertumpu di lokasi tumpuan iaitu Jalan Sultan Ismail, Jalan Tun Razak dan Lebuhraya DUKE.

“Sebanyak 306 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan polis turut menyita lapan motosikal kerana didapati mengubah suai struktur kenderaan mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan.

“Tiga lelaki ditahan kerana menunggang motosikal secara berbahaya sambil melakukan aksi zig zag, roket, superman dan bersaing,” katanya di sini.

Operasi terbabit dilakukan ke atas  motosikal, bagi mencegah pelbagai kesalahan dan perlakuan Samseng Jalanan.

Sarifudin berkata, suspek yang ditahan akan dituduh mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menganggu pengguna jalan raya lain.

“Motosikal yang disita akan diambil tindakan serta menjalani pemeriksaan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan diarahkan diubah ke struktur asal,” katanya. - Getaran, 31 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia