web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat, MB Dipanggil Beri Keterangan 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2021 8:29AM

Amirudin Shari - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dipanggil bagi memberi penjelasan terperinci kepada pimpinan parti PKR berhubung penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara yang dilakukan secara senyap-senyap.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keputusan yang dilakukan kerajaan negeri Selangor itu masih belum dimaklumkan kepada pimpinan parti.

Katanya, beliau turut meneliti laporan dan aduan berhubung tindakan kerajaan negeri itu pada bulan Mei lalu.

“Ingin ditegaskan keputusan yang dibuat ini masih belum dimaklumkan kepada pimpinan parti.

“Malah pimpinan PKR sejak tahun lalu telah memaklumkan kepada Menteri Besar untuk membatalkan perkara tersebut,” katanya di sini semalam.

Anwar berkata, Amirudin telah diminta untuk memberi penjelasan terperinci berhubung penyahwartaan hutan simpan terbabit dalam pertemuan bersama pimpinan parti, hari ini.

Penyahwartaan HSKLU yang dibuat Mei, hanya didedahkan ketika sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam.

Penyahwartaan itu dibuat setelah keputusan dicapai pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke-17/2021 pada 5 Mei lepas yang disahkan oleh MMKN ke-18 pada 19 Mei, membabitkan 536.70 hektar kawasan di bawah Seksyen 12, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985. - Getaran, 31 Ogos 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia