web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Operasi Khas Ambang Merdeka, 617 Saman Dikeluarkan 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2021 4:45PM

Alexson Naga Chabu

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sebanyak 617 saman mencakupi pelbagai kesalahan dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak bermula 28 Ogos lalu.

Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, semua saman berkenaan dikeluarkan dalam Operasi Khas Ambang Merdeka  yang dijalankan di 68 lokasi seluruh negeri.

Menurut beliau,  2,635 kenderaan melibatkan 274 motosikal, 1,336 kereta dan 1,025 jenis lain diperiksa dalam operasi tersebut.

"Saman paling banyak dikeluarkan adalah bagi kesalahan gagal mempamerkan lesen memandu iaitu 87, nombor plat tidak mengikut peraturan (82) dan ubah suai ekzos (58).

"Sebanyak 18 motosikal turut disita iaitu tujuh di Sibu Jaya dan 11 di Miri mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987, " katanya kepada Getaran hari ini.

Alexson berkata, tumpuan utama Operasi Khas Ambang Merdeka adalah pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan sehingga boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan jalan raya.

"Antaranya memandu laju, memandu di bawah pengaruh alkohol atau mabuk, lumba haram (samseng jalanan) serta semua kesalahan berkaitan motosikal. 

"Pihak polis juga ingin memastikan agar orang ramai sentiasa patuh kepada semua arahan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19," katanya. - Getaran, 1 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia