web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemerintahan Taliban, Malaysia Belum Putuskan Pendirian Diplomasi 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2021 6:11PM

Saifuddin Abdullah - Gambar fail

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum menetapkan sebarang pendirian diplomasi terhadap kerajaan Afghanistan, susulan pengambil alihan oleh kumpulan Taliban dalam rampasan kuasa baru-baru ini.

Malaysia, kata Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu sidang media hari ini, masih memantau keadaan serta perkembangan semasa di seluruh  Kabul.

“Kami sedang mengikuti rapat  perkembangan di sana daripada pelbagai sumber. Walaupun Malaysia mengambil pendekatan berhati-hati tetapi kami akan mengumumkan pendirian negara berhubung perkara terbabit secepat mungkin,” katanya.

Taliban berjaya menawan semula Kabul pada 15 Ogos lalu selepas bala tentera kuasa asing berundur dari negara itu, sekali gus menamatkan konflik yang mengorbankan ribuan nyawa dan mengakibatkan jutaan rakyatnya terpaksa berpindah keluar.

Saifuddin bagaimanapun enggan menjawab spekulasi perubahan Taliban selepas memperoleh kuasa, berbanding ketika kumpulan itu mula memerangi tentera Amerika Syarikat di Afghanistan 20 tahun dahulu.

“Saya tak boleh menjawab soalan itu kerana bukan menjadi dasar Malaysia untuk menghakimi negara lain,” katanya.

Dalam sidang sama, beliau turut mengumumkan bahawa semua negara yang terlibat dalam isu Laut China Selatan telah bersetuju dengan pengunaan satu versi kod tatakelakuan.

Ini, jelas Saifuddin, adalah perkembangan bermakna sejak kapal Pengawal Persisiran Pantai China dikesan menceroboh ke dalam perairan Malaysia dan menganggu aktiviti kajian seismik yang dijalankan kapal kontraktor Petronas.

“Apabila semua semua sudah bersetuju agar perlu ada hanya satu kod tatalaku, ini bermakna perbincangan dengan kesemua pihak berkepentingan berkenaan dengan isu ini akan menjadi lebih mudah.

“Saya yakin kod tatalaku di Laut China Selatan pasti akan terbentuk jua,” tegas beliau.

Antara negara yang terlibat dalam isu sempadan antarabangsa Laut China Selatan ialah vChina, Malaysia, Brunei Vietnam, Taiwan dan Filipina. – Getaran, 1 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia