web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nyaris Maut, Nenek Melecur Rumah Terbakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2021 8:43PM

Seorang warga emas mengalami kecederaan selepas rumahnya terbakar di Kampung Sessang, Saratok, awal pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SARATOK -Seorang wanita warga emas berusia 70 tahun nyaris maut apabila terperangkap dalam kebakaran rumah di Kampung Sessang di sini, awal pagi tadi.

Dia bagaimanapun mengalami kecederaan apabila melecur di bahagian badan dan muka ketika berusaha menyelamatkan diri daripada insiden berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok, Nazry Mohamat berkata, BBP Saratok bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dengan kekuatan tujuh anggota digerakkan ke lokasi kejadian pada jam 4.32 pagi sebaik menerima panggilan berhubung kes itu.

Menurutnya, kebakaran membabitkan bahagian ruang tamu sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal, yang didiami lima sekeluarga.

"Nenek itu, Willmina Marip melecur 60 peratus di bahagian badan dan muka ketika cuba menyelamatkan diri.

"Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sarikei menggunakan ambulans Klinik Kesihatan Nyabor bagi mendapat rawatan," katanya kepada Getaran hari ini.

Selain mangsa, turut tinggal di rumah berkenaan ialah menantu dan cucunya dikenali sebagai Joperi Akup, 54, Sarina Sahari, 51, Faizzatul Alleya Joperi, 19 dan Batrisyia Umairah Joperi, 17.

Bagaimanapun, keempat-empat mereka tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Nazry berkata, kebakaran telah memusnahkan 15 peratus rumah tersebut.

"Ketika pihak bomba sampai di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 38 kilometer, kebakaran telah dipadamkan oleh penghuni rumah sendiri dengan bantuan penduduk kampung.

"Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya. - Getaran, 1 September 2021


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia