web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bantuan 75 Anak Yatim COVID-19 Dimuktamadkan - Exco Agama Pahang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2021 9:50AM

Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Yayasan Pahang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diarah melakukan kajian terperinci sebelum memuktamadkan bantuan kepada 75 anak yatim di negeri ini yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, perkara itu sedang diteliti pihak berkenaan dan proses mengenal pasti bentuk bantuan bersesuaian juga sedang diperhalusi.

“Kebanyakan murid dan pelajar ini perlu diberikan bantuan sewajarnya bagi memastikan mereka dapat meneruskan persekolahan seperti biasa.

“Antara bentuk bantuan dicadangkan ialah biasiswa atau dermasiswa dari Yayasan (Pahang), selain bantuan kewangan bulanan dari JKM.

“Perkara ini memang diberi keutamaan oleh kerajaan Pahang dan kita pun baru memperoleh senarai (nama) mereka, jadi kita akan segerakan (bantuan) selepas kajian selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melakukan tinjauan operasi Pejabat Agama Islam Pahang Barat di sini.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai isu penutupan sekolah pondok dan maahad tahfiz yang mungkin berlaku di sesetengah negeri akibat masalah kewangan, Syed Ibrahim berkata, masalah itu tidak berlaku di Pahang.

Katanya, kerajaan negeri juga tidak menerima sebarang laporan mengenai penutupan sekolah pondok dan maahad tahfiz akibat masalah itu.

Sebarang penutupan jelas beliau, hanya berlaku dalam tempoh sementara selepas premis seumpama itu berdepan penularan COVID-19.

“Mungkin di tempat lain ada isu berkenaan (penutupan sekolah pondok dan tahfiz), tapi tidak ada (laporan) di sini.

“Kita perlu ingat bahawa kebanyakan sekolah pondok atau tahfiz adalah milik individu dan bukanlah diuruskan kerajaan Pahang, jadi kalau mereka tidak mampu (dari segi kewangan), kita tidak boleh memberikan bantuan, tapi kalau mereka (pemilik sekolah pondok dan tahfiz) berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), jadi mudahlah untuk kita pantau operasi mereka,” katanya.

Beliau berkata, masalah mungkin timbul di sekolah pondok dan tahfiz persendirian memandangkan ketika ini mereka tidak dibenarkan beroperasi secara bersemuka.

“Kebanyakan tenaga pengajar di sekolah pondok dan tahfiz (persendirian) mengharapkan sesi belajar berjalan seperti biasa untuk mendapat elaun, jadi bila tidak dapat (beroperasi), mereka (tenaga pengajar) tidak ada sumber pendapatan.

“Kerajaan negeri cuma boleh membantu melalui pemberian Bantuan Prihatin Pahang yang diperkenalkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kepada guru pondok dan tahfiz di Pahang,” katanya. - Getaran, 2 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Luar Negara 6 bulan yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia