web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Kelantan Optimis Tingkat Pemberian Vaksin COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2021 9:01PM

Ahmad Yakob (kiri) ketika hadir di Program Outreach Vaksinasi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Laut di sini, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TUMPAT - Kerajaan Kelantan optimis dapat meningkatkan pemberian vaksin COVID-19 kepada penduduk dan seterusnya mencapai imuniti kelompok akhir September nanti, serentak dengan pemberian 1.2 juta dos vaksin dari Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, sasaran itu diyakini dapat dicapai apabila bekalan vaksin yang dijanjikan itu tiba di negeri ini.

Katanya, tumpuan utama akan diberikan kepada semua penduduk yang layak termasuk di kawasan yang berisiko banjir.

“Kawasan berisiko banjir ini menjadi antara fokus utama kerajaan untuk meningkatkan pemberian vaksin bagi menghadapi musim tengkujuh.

“Kita hendak habiskan pemberian vaksin ini sebelum tibanya banjir. Insya-Allah kita akan mencapai 80 peratus imuniti kelompok seperti yang dijangka iaitu pada akhir September ini,” katanya.

Beliau sebelum itu menghadiri Program Outreach Vaksinasi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Laut di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Ahmad berkata, jutaan terima kasih diucapkan kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung stok tambahan vaksin untuk negeri tersebut.

Pengumuman itu katanya adalah khabar gembira kepada Kelantan dan memberi semangat kepada rakyat negeri ini untuk mendapatkan suntikan vaksin dengan lebih cepat.

Tambah beliau, sebanyak 20,000 dos vaksin akan diagihkan ke lokasi berisiko.

“Pada masa ini, kita ada 585,000 dos vaksin dan akan sampai lagi sebanyak 1.2 juta dos. Sehingga semalam, Kelantan merekodkan 64.3 peratus pemberian vaksin bagi dos pertama dan 46.7 peratus suntikan kedua.

“Kita juga mampu suntik 36,394 dos vaksin semalam. Jadi kalau ini berlaku, insya-Allah kita akan mencapai imuniti kelompok sebagaimana yang kita jangka, dan pemberian vaksin itu adalah dengan kerjasama semua agensi termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), sukarelawan dan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Media semalam melaporkan, KKM akan memberi tumpuan kepada negeri berdepan peningkatan penularan kes COVID-19 dengan menyegerakan proses vaksinasi.

Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, terdapat lima negeri yang mempunyai penularan jangkitan harian yang tinggi iaitu Sabah, Johor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. - Getaran, 2 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia