web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nenek Antara 17 Dicekup, Sertai Parti Liar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2021 7:39AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang nenek kepada dua orang cucu berusia 54 tahun dan seorang remaja lelaki berumur 13 tahun antara 17 individu ditahan kerana disyaki sedang leka berpesta liar termasuk menghisap dadah di sebuah apartmen di Jalan Sultan Ismail, di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur ACP Sahar Abd Latif berkata kesemua individu yang ditahan terdiri daripada sembilan wanita dan lapan lelaki tempatan berumur lingkungan 13 hingga 54 tahun.

Beliau berkata dalam serbuan itu, polis turut merampas pil ekstasi dan ketamin seberat 13.61 gram bernilai RM864 serta satu set kunci, kad akses premis dan sebuah pembesar suara.

“Selain itu, ujian saringan air kencing mendapati seramai empat lelaki dan empat wanita disahkan positif syabu dan ketamin,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sahar berkata hasil siasatan awal mendapati bahawa penganjur parti liar adalah seorang wanita tempatan berumur 23 tahun bertujuan menyambut hari lahir.

Beliau berkata kesemua individu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk direman selama empat hari hingga Isnin depan.

Kesemua mereka turut dikompaun RM2,000 setiap seorang di bawah Peraturan 17(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) (Pelan Pemulihan Negara) (2) 2021. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia