web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sarawak Mula Vaksin Remaja Bawah 18 Tahun Rabu Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2021 2:50PM

Gambar fail

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Proses vaksinasi COVID-19 ke atas remaja berusia bawah 18 tahun di seluruh Sarawak akan dimulakan Rabu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia selaras dengan pengumuman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin semalam bahawa program seumpama itu akan dimulakan di seluruh negara menjelang Rabu.

Menurut beliau, ia berikutan hasil capaian sasaran vaksinasi untuk masyarakat dewasa Sarawak yang telah mencecah 80 peratus.

“Setelah selesai semua persediaan berkenaan, perincian mengenainya akan diumumkan kemudian.

“Kita juga merayu agar sekumpulan kecil masyarakat yang layak namun masih enggan divaksin untuk segera berbuat demikian,” katanya hari ini.

Beliau turut mengingatkan, esok merupakan hari terakhir untuk mendapatkan suntikan dos pertama vaksin COVID-19.

“Penerima boleh terus datang ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) atau Klinik Kesihatan berdekatan tanpa memerlukan janji temu.

“Sebanyak 62 buah PPV awam dan Klinik Kesihatan masih aktif beroperasi di seluruh negeri,” ujarnya.

Uggah berkata, mereka yang telah menerima dos pertama vaksin berkenaan perlu hadir semula ke tempat sama 21 hari kemudian untuk melengkapkan dos kedua.

“Mereka yang belum mendapatkan vaksin COVID-19 bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah orang sekeliling.

“Sarawak masih merekodkan banyak kes positif serta varian Delta yang kian menular dan lebih berbahaya kerana boleh membawa maut,” katanya.

Menurutnya lagi, golongan ingkar vaksin akan kehilangan banyak keistimewaan berbanding individu yang sudah melengkapkan dos masing-masing.

“Sehingga hari ini sejumlah 3,716,143 dos vaksin telah diberikan kepada mereka yang layak di Sarawak.

“Ini termasuk 1,883,698 iaitu (91.2 peratus) untuk dos pertama dan 1,832,445 (88.7 peratus) bagi dos kedua,” katanya. - Getaran, 5 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia