web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penetapan Harga Kit Ujian Kendiri, Farmasi Kecil Tanggung Kerugian - BUMIFARMA

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Sep 2021 8:59PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penetapan harga kit ujian kendiri COVID-19 oleh kerajaan menimbulkan rasa terkilan dalam kalangan pengusaha farmasi kecil-kecilan, apabila terpaksa menanggung kerugian pada jumlah yang besar.

Pengerusi Persatuan Farmasi Bumiputera Malaysia (BUMIFARMA), Rahman Baco berkata, keputusan kerajaan itu dilihat terlalu tergesa-gesa tanpa mengambil kira kebajikan dan pandangan daripada farmasi komuniti bebas seluruh negara.

Menurut beliau, 21 pihak dijemput menghadiri mesyuarat bagi membincangkan kedudukan bekalan dan harga kit ujian kendiri berkenaan, berdasarkan surat dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) 17 Ogos lalu.

Ia katanya termasuk 19 wakil syarikat rangkaian farmasi komuniti terbesar di Malaysia.

“Penetapan harga kit ujian pantas COVID-19 bagaimanapun dibuat hanya menerusi perbincangan dengan syarikat rangkaian farmasi besar,  tanpa penyertaan Persatuan Farmasi Komuniti Malaysia dan BUMIFARMA yang mewakili farmasi komuniti bebas di seluruh negara.

“Syarikat rangkaian farmasi besar mendapat bekalan kit ini pada harga kos lebih rendah daripada pembekal kerana keupayaan mereka membeli dalam kuantiti banyak, manakala farmasi komuniti bebas pula terpaksa mendapatkannya pada harga kos RM27 hingga RM32 bagi setiap satu,” katanya di sini hari ini.

Rahman Baco
Rahman Baco

Khamis lalu, kerajaan menetapkan harga siling set kit ujian kendiri pada RM19.90, manakala harga borong ditetapkan RM16 berkuat kuasa hari ini.

Rahman menarik perhatian, farmasi komuniti bebas yang membuat pra-pesanan kit ujian itu pada Julai lalu dengan harga RM27 sekotak, hanya menerima stok berkenaan pada hujung bulan lalu.

“Pembekal memaklumkan mereka perlu memberi keutamaan kepada pihak kerajaan dan ia menyebabkan kit ujian tidak dapat dibekalkan kepada farmasi komuniti lebih awal.

“Belum sempat stok ini dijual kepada pengguna, kerajaan mengumumkan penetapan harga siling kit RM19.90 dan ini sekali gus menimbulkan persepsi negatif masyarakat kepada farmasi komuniti bebas, kerana didakwa mengaut keuntungan  dengan menjual pada harga tinggi,” katanya.

Rahman berkata, farmasi komuniti kecil tetap terkesan dengan keadaan ini walaupun diberikan tempoh selama seminggu oleh KPDNHEP untuk menghabiskan stok sedia ada mengikut harga lama.

“Pengguna sudah tentu menerima pakai harga maksimum RM19.90 ini dan rangkaian farmasi komuniti besar sudah mula menjual di bawah harga siling ditetapkan,” keluhnya.

Semalam, Getaran tidak ketinggalan menerima aduan daripada wakil pemborong dan penjual ujian kit COVID-19 yang  meminta kerajaan memberikan masa sekurang-kurangnya satu bulan untuk menghabiskan stok kit ujian sedia ada, sebelum beralih kepada kadar harga baharu. - Getaran, 5 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia