web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID, Kluster Baru Dikesan Di Keningau

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2021 7:29AM

Masidi Manjun - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Satu kluster COVID-19 melibatkan sebuah pusat tahanan bimbingan akhlak di Keningau dikesan dengan 29 kes positif direkodkan semalam ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata Kluster Pagar Sebrang dicetus seorang pegawai penjara berusia 40 tahun di pusat tersebut yang dikesan positif pada 25 Ogos lepas melalui saringan kontak rapat.

“Punca disyaki bagi penularan kluster ini ialah jangkitan ahli keluarga kepada kes indeks yang kemudian menjangkiti rakan sekerja, penghuni penjara di bawah jagaan pegawai itu dan ahli keluarga beliau yang lain," menurutnya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata turut dikesan ialah Kluster Koyah di Kinabatangan iaitu kluster tempat kerja di ladang melibatkan 26 kes positif COVID-19 berpunca daripada kes indeks seorang pekerja lelaki berusia 43 tahun yang disahkan positif pada 20 Ogos.

Masidi juga berkata Sabah mencatat 2,136 kes positif COVID-19 semalam menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 159,421 dan kes sembuh ialah 2,941 orang menjadikan jumlah kumulatif pesakit pulih 127,312 orang manakala 4,831 lagi masih menerima rawatan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia