web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Curi Elektrik, SEB Rugi RM1.4 Bilion 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2021 8:06AM

SEB terpaksa menanggung kerugian berbilion ringgit sejak 2010 akibat perbuatan mencuri elektrik untuk tujuan aktiviti perlombongan mata wang kripto.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sarawak Energy Berhad (SEB) menanggung kerugian yang dianggarkan mencecah RM1.4 bilion sejak  2010, majoritinya angkara perbuatan mencuri elektrik bagi menggerakkan aktiviti perlombongan mata wang kripto.

Menteri Utiliti, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, perlombongan mata wang kripto disahkan sebagai punca utama kerugian SEB setakat ini.

Menurut beliau, 125 kes perlombongan mata wang kripto dikesan di Sarawak, bermula 2018 hingga Ogos tahun ini.

"Sebanyak 74 kes direkodkan di Miri, 41 di Kuching, lapan di Sibu dan dua lagi di Bintulu. 

"Kegiatan ini menyebabkan SEB kehilangan hasil sebanyak RM 21.4 juta," katanya, di sini.

Bagi menangani masalah itu jelas Stephen, SEB mengambil beberapa pendekatan proaktif, termasuk pemeriksaan secara berterusan di seluruh negeri.

Langkah berkenaan katanya, mencakupi kerjasama rapat Kementerian Utiliti dengan Dewan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pengesanan menggunakan teknologi digital, pendakwaan kes di mahkamah serta kesedaran dan maklumat daripada orang ramai. 

"Menerusi langkah yang diambil ini kerugian mencecah RM 220 juta pada 2010 telah menurun kepada kira-kira RM73 juta tahun lalu," ujarnya.

Stephen menarik perhatian, pelaku bagi 13 kegiatan kecurian elektrik yang dihadapkan ke mahkamah setakat ini telah mengaku bersalah, manakala enam kes lagi masih dalam proses perundangan.

"Jumlah denda yang telah dibayar adalah sebanyak RM348,000 dan suka saya mengingatkan, SEB memiliki kakitangan teknikal terlatih untuk mengesan kegiatan kecurian elektrik.

"Orang ramai digalakkan melaporkan sebarang kegiatan kecurian elektrik kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa, tetapi juga merosakkan harta benda, sekaligus berpotensi mencetuskan  kebakaran," katanya.

Kecurian elektrik adalah kesalahan mengikut Seksyen 33 (5) Ordinan Elektrik dan pelaku boleh didenda RM10,000 atau dipenjara lima tahun jika sabit kesalahan. - Getaran, 6 September 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia