web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MATA Nasihat Ahli, Pelancong Patuh SOP Ketika Di Langkawi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Sep 2021 2:45PM

Suasana sepi ketika tinjauan Bernama di sekitar Pantai Chenang pada Jun lalu hingga digelar 'ghost island' di dalam laman sosial. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) mengingatkan penggiat industri pelancongan di Pulau Langkawi khususnya ahli agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan susulan pembukaan semula pulau peranginan itu kepada pelancong tempatan pada 16 Sept ini.

Presiden MATA Datuk Mohd Khalid Harun berkata SOP ketat yang ditetapkan kerajaan bagi mencegah penularan COVID-19 di Pulau Langkawi akan dijadikan kayu ukur bagi pembukaan pusat peranginan lain seperti Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Tioman, Pulau Pangkor, Sipadan, Pulau Rawa dan lain-lain.

“Selain itu, MATA juga turut menasihatkan pelancong untuk turut mematuhi SOP bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata MATA turut berterima kasih kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) atas usaha menjadikan Langkawi sebagai projek rintis destinasi gelembung pelancongan yang memberikan kelegaan kepada banyak pihak.

“MATA percaya pengumuman ini adalah berita gembira buat rakyat Malaysia serta dapat memberikan kelegaan dan sinar buat penggiat industri pelancongan yang telah lama terjejas susulan penutupan keseluruhan rantaian sektor pelancongan akibat pandemik COVID-19,” katanya.

Minggu lepas, MOTAC turut mengumumkan kebenaran untuk tujuh aktiviti pelancongan utama di Langkawi beroperasi semula antaranya snorkeling, selam skuba dan juga aktiviti eko geo-kembara. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia