web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pasangan Minta Derma Di Stesen Minyak Terima Bantuan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2021 8:40PM

Sepasang suami isteri dan bayi berusia 6 bulan kini ditempatkan di sebuah hotel bajet untuk sementara waktu ketika bantuan kecemasan turut disalurkan. - Gambar dari Facebook LZS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tekanan hidup kerana kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19, memaksa sepasang suami isteri bersama bayi mereka yang berusia enam bulan merantau sejauh lebih 200 kilometer dengan menaiki motosikal untuk meneruskan kehidupan.

Nasib malang mereka akhirnya mendapat perhatian netizen selepas kisah itu dikongsikan Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Facebook.

Difahamkan, pasangan berkenaan membawa bayi mereka menaiki motosikal dari Perak ke Selangor untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Menurut Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor, suami isteri itu dilaporkan meminta sumbangan orang ramai di sebuah stesen minyak.

"Kami berjaya menemui keluarga ini sebentar tadi di sebuah hotel bajet.

"Hasil siasatan mendapati pasangan muda ini mempunyai rekod sebagai penerima bantuan Zakat Selangor sebelum ini, namun telah ditamatkan setelah berpindah ke Perak pada 2020," katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Pasangan tersebut juga jelas SSU, menerima pelbagai bantuan termasuk daripada pihak masjid dan Majlis Agama Islam Perak ketika menetap di negeri itu.

"Mereka menjalani kehidupan yang sangat terbeban akibat tiada pekerjaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP2.0).

"Difahamkan, keduanya merancang untuk menumpang di rumah keluarga di Selangor, namun tidak dapat berbuat demikian akibat masalah keluarga," katanya.

Susulan itu, keluarga terbabit ditempatkan di hotel bajet buat sementara waktu dan bantuan kecemasan turut disalurkan kepada mereka. - Getaran, 6 September 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 6 bulan yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia