web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Naz Carpentry Sedia Selesai Proses Mahkamah Secara Mediasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2021 7:31PM

Awal Ashaari - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat perabot dan hiasan dalaman, Naz Carpentry bersedia untuk menyelesaikan kes samannya terhadap personaliti televisyen terkenal, Awal Ashaari menerusi proses mediasi.

Pengurus Krisis syarikat, Saiful Ridzuan berkata, pihaknya sentiasa terbuka untuk menyelesaikan kes ini secara baik sekali gus mencapai persetujuan bagi mengatasi masalah dihadapi.

Menurut beliau, objektif utama mereka ketika ini adalah memastikan reputasi jenama Naz Carpentry dapat dipulihkan pada kadar segera.

"Naz Carpentry sentiasa terbuka untuk mencapai persetujuan menang-menang bagi krisis reputasi ini," katanya di sini hari ini.

Awal Ashaari, defendan dalam kes sivil tersebut sebelum ini memohon untuk menyelesaikan kes tersebut secara mediasi tanpa melibatkan perbicaraan di mahkamah.

Awal Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur meluluskan permohonan pihak defendan dan mencadangkan kes saman fitnah ke atas pengacara tersebut dirujuk ke Pusat Mediasi Mahkamah Tinggi untuk penyelesaian.

Permohonan pada 1 Julai itu tidak menerima sebarang bantahan daripada Naz Carpentry.

Peguam mewakili syarikat terbabit, Nurul Hafidzah Hassan dan Wan Azmir Wan Majid berkata, anak guam mereka bersedia menjalani perbicaraan, namun pada masa yang sama berbesar hati untuk menyelesaikan segala konflik secara rundingan.

Pada bulan November tahun lalu, Naz Empire Sdn Bhd memfailkan saman menuntut ganti rugi RM3 juta daripada Awal Ashaari dan dua defendan lain iaitu Nawal Yasmin Mat Noh dan Muhammad Hilmi Zulkifli.

Syarikat tersebut mendakwa, Awal Ashaari membuat pelbagai kenyataan fitnah bermula dari November 2019 hingga ke November 2020, menggunakan Instagram atas nama @awalashaari yang memiliki 4.7 juta pengikut dan aplikasi Youtube dengan nama SchAwal, untuk tontonan 42, 700 pengikut ketika itu.

Hantaran dan kenyataan tersebut turut disiarkan pelbagai pihak ketiga.

Pada April lalu, defendan kedua dan ketiga, Nawal Yasmin Mat Noh dan Muhammad Hilmi Zulkifli yang berniaga atas jenama Something Borrowed by Nawal Enterprise membuat pengakuan bahawa mereka berdua telah memfitnah Naz Carpentry, dan membuat permohonan maaf itu menerusi laman Instagram @houseofsix.my seperti dipersetujui untuk penyelesaian kes berkenaan.

Terdahulu, Naz Carpentry menggugurkan saman fitnah siber terhadap seorang guru tadika dikenali sebagai Mahfuzah Muhamad Muharrimi dari Ampang yang menggunakan identiti @mahfuzah.honey di Instagram dan Mahfuzah Remy di Facebook, setelah wanita terbabit meminta maaf kepada syarikat hiasan dalaman tersebut melalui Instagram TV.

Menurut Nurul Hafidzah, proses mediasi antara anak guamnya dan Awal akan bermula 12 Oktober depan. – Getaran, 6 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 3 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia