web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


29 Petugas Positif COVID-19, Primula Beach Diarah Tutup

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Sep 2021 8:59PM

Primula Beach Hotel - Gambar dari Facebook Primula Beach Hotel

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Primula Beach, hotel milik penuh kerajaan negeri diarahkan tutup selama dua minggu bermula Ahad hingga 18 September nanti, selepas 29 petugas disahkan positif COVID-19.

Pengurus Besar, Suibah Harun berkata, arahan berkenaan dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) selepas penilaian risiko dibuat, susulan kes pertama COVID-19 yang direkodkan berlaku di premis itu 29 Ogos lepas.

Menurut beliau, pengurusan hotel mengambil langkah awal dengan menutup satu daripada empat dapur hotel pada 29 Ogos lalu, berpandukan kepada penilaian risiko yang dibuat.

“Bagaimanapun, kami menerima arahan untuk menutup keseluruhan premis selama dua minggu selepas jangkitan menular ke bahagian lain,” katanya kepada Getaran hari ini.

Suibah memberitahu, kesemua 109 petugas sudah diarahkan menjalani saringan kesihatan hari ini.

Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad

Sementara itu, Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menyelar pihak pengurusan hotel dan kerajaan negeri kerana gagal menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik apabila menangguhkan penutupan premis tersebut.

Katanya, hotel terbabit hanya ditutup selepas pihaknya membuat aduan bertulis secara rasmi kepada PKD.

"Kenapa sejak 29 Ogos lepas, iaitu lebih tujuh hari selepas penutupan dapur oleh PKD, hotel masih terus beroperasi seperti biasa.

"Kenapa pihak pengurusan hotel dan kerajaan negeri tidak bersikap lebih profesional dan bertanggungjawab  dengan memberi amaran secukupnya tentang situasi sebenar hotel ini," katanya pada sidang media di sini.

Tegas Raja Kamarul Bahrin, nyawa petugas dan pengunjung tidak sepatutnya diperjudikan demi mengejar keuntungan.

Beliau turut menafikan sengaja mahu mempolitikkan isu itu untuk mengejar populariti.

"Saya bukan nak mempolitikkan isu ini tapi pekerja Primula sendiri yang datang mengadu, bimbang akan keselamatan nyawa mereka dan keluarga apabila diminta untuk terus datang bekerja biarpun sudah terdapat penularan COVID-19.

“Memang kita amat bersimpati kerana mereka tidak memiliki tempat untuk mengadu.

"Memang kita kesian disebabkan mereka ini tiada saluran tempat untuk mengadu dan membela nasib mereka," katanya, kesal.

Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu juga menegaskan, pengurusan hotel wajar dikenakan hukuman setimpal kerana tindakan mereka jelas satu kesalahan, khususnya apabila ia melibatkan nyawa petugas dan tetamu.

“Kalau pembawa motor Food Panda yang negatif COVID-19 pun didenda RM1,500 kerana tidak menjarak diri semasa makan, pengurusan hotel juga wajar dijatuhkan hukuman kerana kesalahan dilakukan ini cukup serius.

“Tidak sepatutnya wujud pilih kasih hanya kerana premis terbabit dimiliki kerajaan negeri,” tegasnya. – Getaran, 6 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

4

Sukan 4 bulan yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia