web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


107 Gelandangan Sarawak Terima Vaksin COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Sep 2021 8:02PM

Seorang lelaki menerima vaksin COVID-19 menerusi Program Vaksinasi Komuniti Gelandangan di Sarawak.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Seramai 107 gelandangan di Sarawak telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin COVID-19 setakat ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Sri Fatimah Abdullah berkata, 42 daripada jumlah itu sudah melengkapkan dua dos suntikan.

Menurut beliau, kesemua gelandangan terbabit dikenal pasti dan didaftarkan melalui operasi cerapan gelandangan di semua bahagian secara berkala sejak Januari 2021, bagi mendapat input untuk Program Vaksinasi Komuniti Gelandangan di Sarawak.

"Bilangan gelandangan sentiasa adalah berubah-ubah kerana pelbagai faktor, termasuk kehilangan pekerjaan, tempat tinggal atau sebagainya.

"Bukan sesuatu yang menghairankan jika ada yang belum masuk tersenarai dalam rekod kita," katanya  ketika mengetuai operasi bersepadu Program Vaksinasi Komuniti Gelandangan di Bahagian Sibu, malam tadi.

Turut serta dalam operasi bersepadu itu ialah  Pejabat Residen Bahagian Sibu, Majlis Pembangunan Sosial, Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Pejabat Daerah Sibu, Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sibu, Jabatan Kesihatan Bahagian Sibu, Hospital Sibu dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), RELA dan Imigresen Malaysia Sibu.

Berdasarkan statistik, Kuching memiliki bilangan gelandangan tertinggi iaitu 29, diikuti 24 di Miri, Bintulu (18), Sibu (21), Sarikei (8), Kapit (7), Serian (3) dan masing-masing satu di Samarahan serta Betong.

Mengulas lanjut Fatimah berkata, hanya gelandangan di daerah  Bintulu sahaja yang masih belum menerima vaksin setakat ini.

"Ini berikutan pendirian pihak berkuasa tempatan (PBT) yang memutuskan untuk menunggu ketibaan bekalan vaksin dos tunggal CanSino.

“Tidak semua gelandangan dapat dibawa ke pusat penerimaan vaksin (PPV) kerana ada yang perlu kita cari atau sudah berpindah tempat," katanya.

Beliau memberitahu, kerajaan negeri menggunakan tiga mekanisme bagi menjayakan program vaksinasi berkenaan, termasuk menempatkan golongan terbabit di Pusat Penempatan Sementara Gelandangan (PPSG), membawa gelandangan ke PPV atau secara bergerak.

“Kaedah ketiga itu dikhususkan ke atas individu yang mengalami komplikasi kesihatan mental dan sukar memberikan kerjasama untuk dibawa ke PPV,” katanya. - Getaran, 7 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia