web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rakyat Kelantan Perlu Segera Ambil Vaksin - Sultan Muhammad V

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2021 8:05AM

Laluan khas disediakan bagi warga emas yang berkerusi roda untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 secara 'walk-in' ketika tinjauan di Pusat Pemberian vaksin (PPV) Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Bachok, baru-baru ini. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Rakyat negeri ini diperintah agar segera mengambil vaksin COVID-19, termasuk secara walk in di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang ada.

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bertitah, Kelantan perlu mencapai imuniti kelompok seperti dirancang, iaitu 80 peratus  kadar vaksinasi menjelang 30 September ini.

Setiausaha Sulit Kanan kepada Sultan Muhammad V, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan berkata, Baginda juga menzahirkan dukacita kerana Kelantan antara negeri yang mempunyai peratus penerima vaksin terendah, iaitu 50 peratus.

"Baginda mengalu-alukan pengumuman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengenai peruntukan 1.2 juta dos vaksin tambahan untuk Kelantan bagi membantu mempercepatkan proses pemberian vaksin.

"Baginda benar-benar berharap rakyat negeri ini akan segera mendapatkan vaksin supaya dapat melindungi diri sendiri dan ahli keluarga mereka," katanya di sini malam tadi.

Beliau berkata, Sultan Muhammad V juga bertitah, mengambil vaksin adalah tanggungjawab setiap individu kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. 

Katanya, Baginda turut merujuk kepada resolusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) ke-10, yang bersetuju hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan wajib diambil.

"Dengan kes positif di paras empat angka, Sultan Muhammad V turut menyarankan supaya semua pihak menggembleng tenaga memperluaskan program outreach di seluruh pelusuk negeri, khususnya  kawasan kampung dan pedalaman supaya masyarakat yakin akan keberkesanan vaksin. 

"Baginda amat berharap rakyat Kelantan akan segera mendapatkan vaksin supaya negeri ini tidak tercicir dalam mencapai imuniti kelompok dan menjalani kehidupan dengan lebih baik.

"Baginda juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam menjayakan program vaksinasi di negara ini termasuk sukarelawan, dan amat menghargai jasa petugas kesihatan merawat serta menyelamatkan pesakit COVID-19 sejak tahun lalu," katanya. - Getaran, 8 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia