web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pedofilia Beroperasi Lebih Sedekad, Mana Pergi Pihak Berkuasa? 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2021 10:34AM

Kelvin Yii Lee Wuen - Gambar dari Jabatan Penerangan Sarawak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - 'Kebebasan' lebih sedekad dimiliki seorang pedofilia paling dikehendaki di Lundu, Sarawak sedikit sebanyak menimbulkan persoalan, bagaimana aktiviti menjijikkan itu bebas dilakukan tanpa disedari pihak berkuasa.

Ahli Parlimen Kuching, Kelvin Yii Lee Wuen berkata, amat menghairankan bagaimana seorang penjenayah paling dikehendaki boleh bersembunyi di daerah sekecil Lundu dan bebas menjalankan kegiatan kejinya tanpa disedari.

Menurut beliau, ini bukan kali pertama kejadian seumpamanya berlaku di Malaysia, kerana negara pernah digemparkan dengan penahanan Richard Huckle, warga Britain di Kuala Lumpur yang melakukan penderaan seksual terhadap 200 kanak-kanak sekitar tahun 2006 hingga 2014.

"Penahanan Huckle ketika itu adalah hasil usaha polis United Kingdom (UK), Persoalan sebenar harus diajukan adalah apa yang Polis Diraja Malaysia (PDRM) lakukan selama ini dan bagaimana dia (Lanim) dibenarkan beroperasi untuk lebih sedekad tanpa ditahan,” katanya, menerusi satu hantaran di Facebook.

Kelvin berkata, perkara tersebut turut menimbulkan persoalan, apakah pasukan keselamatan negara diberi sumber dan latihan yang secukupnya atau mereka memberi keutamaan kepada perkara lain.

Institusi kepolisan tegas beliau, harus diperkasakan dan memberi fokus terhadap jenayah sebenar untuk menjaga kebajikan rakyat, bukan menumpukan kepada hal tidak sepatutnya termasuk masalah politik.

“Dalam kes Lanim, (daerah) Lundu adalah kawasan kecil dan ia menimbulkan persoalan mengapa polis tempatan tidak menyedari aktiviti dilakukan.

“Saya sangat berharap kejadian ini membuka mata semua pihak terutamanya kerajaan untuk memandang serius jenayah membabitkan kanak-kanak dan memperkasakan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11),” katanya.

Pada 5 Julai lalu, seorang pedofilia yang dipercayai beroperasi selama 14 tahun di Lundu, Sarawak ditahan hasil kerjasama PDRM dengan polis Australia.

Aktiviti tidak bermoral Lanim dilaporkan disiasat Polis Persekutuan Australia (AFP) sejak dua tahun lalu, dengan kerjasama beberapa agensi tempatan di negara berkenaan.

Menurut laporan portal dalam talian Sarawak, lelaki terbabit dijatuhi hukuman penjara selama 18 tahun enam bulan dan 15 sebatan selepas mengaku bersalah terhadap 14 pertuduhan pada 16 dan 17 Ogos lalu. - Getaran, 8 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia