web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sindiket Penipuan Online, Warga Emas Rugi RM149,550

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2021 2:05PM

Gambar hiasan

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Seorang wanita warga emas kerugian RM149,550 akibat terpedaya dengan satu sindiket penipuan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, wanita berusia 60 tahun itu menerima pesanan daripada satu nombor luar negara yang tidak dikenali pada jam 12 tengah hari.

Menurut beliau, mangsa dimaklumkan mengenai pembelian barangan dari Shopee berjumlah RM2,636.

"Mangsa diminta menghubungi nombor Maybank untuk bercakap dengan lelaki dikenali sebagai John Ng. 

"Lelaki berkenaan memberitahu, maklumat peribadi mangsa telah digunakan oleh orang lain untuk mendaftar kad kredit Maybank Master Gold di Kuala Lumpur dan telah tertunggak sebanyak RM4,778.90," katanya kepada Getaran hari ini.

Aidil berkata, mangsa seterusnya diminta menghubungi nombor Bank Negara Malaysia, dan diarah membeli insuran, sebelum wanita itu bersetuju.

"Mangsa menerima beberapa nombor Kod Kebenaran Transaksi (TAC) dan suspek mengarahkan mangsa untuk memberikan nombor tersebut.

"Mangsa menjadi panik dan bertindak mengikuti semua arahan dan permintaan suspek," ujarnya.

Menurutnya lagi, setelah nombor TAC diserahkan mangsa menyedari terdapat transaksi wang keluar dari akaun Public Bank dan Maybank miliknya berjumlah RM23,850 dan RM125,700.

"Mangsa yang berasa terpedaya dan ditipu tampil membuat laporan polis untuk siasatan lanjut. 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu dan dengan curangnya mendorong supaya harta diserahkan," katanya. - Getaran, 8 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia