web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Video Lelaki Hayun Sabit dan Parang Atas Kereta Peronda Polis Viral

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2021 2:25PM

Tindakan seorang lelaki yang berdiri di atas kereta peronda polis sambil menghayun galah sabit, telah mengejutkan orang ramai di Gopeng, hari ini. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GOPENG - Video seorang lelaki bertindak agresif dengan berdiri di atas kereta peronda polis dan menghayun sabit viral di media sosial, hari ini.

Difahamkan, kejadian kira-kira jam 8 pagi itu berlaku di hadapan Balai Polis Gopeng di sini.

Video berkenaan yang berdurasi 44 saat  dipercayai dirakam oleh orang awam di lokasi kejadian.

Menerusi video tersebut, seorang lelaki yang tidak berbaju dan hanya memakai seluar jeans dilihat berdiri di atas bumbung kereta peronda polis sambil menjerit dan menghayun galah sabit.

Anggota bomba kemudiannya bertindak membuat semburan air ke arah lelaki berkenaan, sehingga menyebabkan dia terpaksa turun dari kereta peronda polis terbabit.

Dia kemudiannya dilihat bergelut dengan anggota polis sebelum berjaya ditahan.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim ketika dihubungi media memberitahu, perincian dan maklumat lengkap berhubung kejadian akan diberi dengan segera. - Getaran, 8 September 2021

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 56 minit yang lalu

2 Lelaki Ditembak Mati Dipercayai Dalam Perjalanan Lakukan Jenayah

Semasa 5 jam yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

Semasa 1 hari yang lalu

Aktiviti Kumpulan Pengganas: Suri Rumah, Penggangur Antara 8 Suspek Ditahan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

‘Nak Serang Saya? Silakan, Tapi Jangan Sentuh MOTAC’ - King Sing

oleh Sophia Ahmad