web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Negeri Guna LRA Bukit Berapit, Pulih Masalah Air Terengganu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 9:06PM

Dr Mamad Puteh (tengah) berkata bekalan air di dua daerah di negeri itu kembali pulih hari ini selepas mengaktifkan operasi LRA Bukit Berapit.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Kerajaan negeri terpaksa mengaktifkan Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Berapit bagi menyalurkan bekalan air kepada 150,000 pengguna di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dah Teknologi Hijau, Dr Mamad Puteh berkata, kaedah tersebut membolehkan masalah bekalan air yang sudah berlarutan selama 18 hari itu kembali pulih.

Menurut beliau, bekalan air bersih telah mula disalurkan kepada pengguna bermula pagi tadi, namun empat peratus kawasan yang berada di hujung kawasan sistem agihan dijangkakan mengalami sedikit kelewatan.

“Insyallah bekalan air akan pulih sepenuhnya pada esok,” katanya pada sidang media di Dewan Serbaguna, Tepoh di sini.

Jelas beliau lagi, LRA Bukit Berapit sepatutnya beroperasi pada May 2022 namun kerana krisis yang dihadapi, keputusan telah diambil untuk mengaktifkan sebahagian operasi loji tersebut.

Beliau berkata, operasi LRA Bukit Berapit menjadi alternatif sementara menunggu kerja pembaikan paip di dasar Sungai Terengganu siap.

“Ketika ini segala kerja pembaikan paip air di Sungai Terengganu berada pada tahap 50 peratus dan sedang giat dilaksanakan, Insya Allah berjalan mengikut jadual,” katanya.

Gangguan bekalan air di dua daerah itu berlaku ekoran insiden paip pecah di dasar Sungai Terengganu.

Ia pecah buat kali kedua selepas siap dibaiki pada 13 Ogos lalu, menyebabkan 28,700 pengguna mengalami gangguan. - Getaran, 9 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

4

Sukan 4 bulan yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia