web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penurunan Keberkesanan Vaksin Mungkin Punca Kes Meningkat Di Sarawak - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2021 7:39AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan berlaku penurunan dalam keberkesanan vaksin COVID-19 selepas tempoh tertentu yang menjadi punca kes di Sarawak meningkat.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata justeru, pihaknya kini meneliti keperluan suntikan dos ketiga atau ‘booster’ terutama untuk golongan warga emas, terimunokompromi dan petugas kesihatan dalam usaha mengatasi situasi itu seperti yang dilakukan di negara lain.

“Jadi kita sama sekali tidak menolak kemungkinan itu,” katanya kepada pemberita di sini semalam ketika ditanya mengenai kemungkinan berlaku penurunan dalam keberkesanan vaksin COVID-19.

Sarawak menyaksikan peningkatan dalam jumlah kes harian baru-baru ini dan mencatatkan 3,118 kes hari ini.

Khairy berkata beliau akan berlepas ke Sarawak minggu depan untuk membincangkan langkah-langkah tambahan dengan kerajaan negeri dalam usaha mengurangkan penularan di negeri itu.

“Saya telah meminta agar syor-syor dibuat segera memandangkan kita akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) minggu depan,” katanya.

Beliau berkata KKM akan berbincang dengan Kerajaan Negeri Sarawak mengenai strategi seterusnya bagi menangani isu penularan wabak itu.

Khairy berkata langkah mengadakan ujian saringan, pengesanan dan isolasi adalah penting di Sarawak buat masa ini kerana apa yang berlaku di negeri itu mungkin berlaku di negeri lain dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Katanya orang ramai perlu dididik untuk bertanggungjawab terhadap status kesihatan mereka sendiri sebagai sebahagian daripada langkah kesihatan awam.

Beliau berkata individu bergejala perlu melakukan ujian kendiri dengan pantas serta terasing dan menambah bahawa teknologi pengesanan kontak yang baharu akan diperkenal pada akhir bulan ini bagi membantu KKM dalam mengesan kontak rapat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia